
MOSCOW: Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan (SSN) Mexico melaporkan sebanyak 936 gegar penghujung terjadi selepas berlaku gempa bumi bermagnitud 6.5, lapor Sputnik/RIA Novosti.
“Perkhidmatan Seismologi Kebangsaan merekodkan 936 gegar penghujung daripada gempa bumi bermagnitud 6.5 itu,” menurut SSN dalam satu hantaran di platform X lewat Jumaat lalu.
Pada Jumaat, Datuk Bandar Mexico City, Clara Brugada melaporkan 12 individu mengalami kecederaan di ibu kota itu susulan gempa bumi berkenaan.
SSN sebelum ini memaklumkan bahawa gegaran kuat bermagnitud 6.5 itu melanda negeri Guerrero di selatan Mexico. Gegaran turut dirasai di negeri Morelos, Jalisco, Oaxaca, Tabasco.
-Bernama