Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mexico pinjam AS$1 bilion daripada Bank Dunia
  • GLOBAL

Mexico pinjam AS$1 bilion daripada Bank Dunia

Utusan Sarawak 5 years ago
PROTES di Mexico susulan impak Covid-19. • Foto AFP

MEXICO CITY: Mexico membuat pinjaman berjumlah AS$1 bilion (kira-kira RM4.27 bilion) dari Bank Dunia susulan kesan akibat Covid-19 yang mula memberi tekanan kepada ekonomi negara itu.

AFP yang memetik laporan akhbar perniagaan El Economista pada Ahad melaporkan kerajaan negara itu memohon pinjaman pada 19 Mei lalu bagi menangani kesan wabak dan mendapat lampu hijau daripada pemberi pinjaman antarabangsa itu pada 31 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Gabriel Yorio melalui akaun twitternya berkata pinjaman itu belum dikontrakkan untuk tujuan tertentu.

Pinjaman Dasar Pembangunan (DPL) adalah untuk keperluan umum kerajaan dan berada dalam had hutang yang dipersetujui kongres Mexico.

Mexico kini merekodkan 113,619 kes positif Covid-19 dengan 13,511 kematian.-AFP

Continue Reading

Previous: Trudeau sertai solidariti buat George Floyd
Next: Penutup mulut, hidung cemari laut

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.