Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mexico akan kerah 100,000 anggota untuk keselamatan Piala Dunia
  • GLOBAL

Mexico akan kerah 100,000 anggota untuk keselamatan Piala Dunia

Utusan Sarawak 4 hours ago
FOTO edaran yang dikeluarkan oleh pejabat media Pejabat Presiden Mexico menunjukkan Presiden Mexico, Claudia Sheinbaum (C) sedang melihat skrin ketika Jeneral Roman Villalvazo Barrios, Ketua koordinasi pusat bagi keselamatan Piala Dunia FIFA 2026, bercakap semasa sidang media harian Sheinbaum di sebuah pangkalan tentera di Zapopan, negeri Guadalajara, Mexico, pada 6 Mac 2026. Kerajaan Mexico berkata mereka akan mengerahkan 100,000 anggota polis, tentera dan keselamatan swasta untuk mengawal 13 perlawanan yang akan dianjurkan di negara itu semasa Piala Dunia bola sepak musim panas ini. Foto AFP

MEXICO CITY: Negara tuan rumah bersama, Mexico, membentangkan pelan keselamatannya untuk Piala Dunia FIFA, hanya dua minggu selepas tercetusnya keganasan di negara Amerika Utara itu berikutan pembunuhan seorang ketua kartel dadah, lapor Agensi Akhbar Jerman (dpa). 

Lebih 100,000 askar, pegawai polis dan anggota pasukan keselamatan swasta, selain dron, pesawat tentera dan anjing pengesan bahan letupan akan dikerahkan untuk memastikan kelancaran acara itu pada musim panas, kerajaan Mexico mengumumkan pada Jumaat.

Mexico menganjurkan kejohanan itu bersama Amerika Syarikat (AS) dan Kanada.

KURANG daripada 100 hari lagi sebelum bermulanya Piala Dunia 2026 di Kanada, Mexico dan Amerika Syarikat.

“Seperti yang anda boleh lihat, kami sudah bersedia dengan baik,” kata Presiden Claudia Sheinbaum pada sidang media di bandar Guadalajara, salah satu venue.

Menurut Jeneral Román Villalvazo, ketua pusat penyelarasan keselamatan Piala Dunia di Mexico, tiga hingga empat kumpulan keselamatan akan ditubuhkan di semua lokasi utama Piala Dunia, termasuk stadium, hotel pasukan, lapangan terbang dan zon peminat.

Perlawanan pembukaan Piala Dunia dijadualkan berlangsung pada 11 Jun di ibu negara Mexico. Sebanyak 13 perlawanan akan diadakan di Mexico City, Guadalajara dan Monterrey.

Juara Eropah Sepanyol, Mexico dan Korea Selatan akan bermain di Guadalajara.

Gelombang keganasan meletus pada 22 Februari di beberapa negeri di Mexico berikutan kematian ketua kartel dadah Nemesio Oseguera Cervantes, juga dikenali sebagai El Mencho, dalam operasi menangkapnya. 

Kenderaan dibakar dan sekatan jalan raya haram dilakukan. Lebih 70 orang terkorban.

Kekecohan itu, terjadi hanya beberapa bulan sebelum Piala Dunia FIFA, menimbulkan kesangsian terhadap kesesuaian Mexico sebagai tuan rumah.

Kerajaan Mexico memberi jaminan keselamatan pasukan dan pelawat.- Bernama-dpa

Continue Reading

Previous: Arab Saudi di sambung sebahagian penerbangan ke Dubai 7 Mac
Next: Remaja maut, dua parah, kereta rempuh pokok di timur laut Sydney

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.