Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Metodologi Mazhab As- Syafi’I contoh perpaduan masyarakat Sarawak  
  • TEMPATAN

Metodologi Mazhab As- Syafi’I contoh perpaduan masyarakat Sarawak  

Utusan Sarawak 2 years ago
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat Al-Quran tulisan tangan ketika melawat pameran selepas merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i anjuran Jabatan Mufti Sarawak dengan kerjasama Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Turut hadir Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg (tiga, kiri). Foto ANDRE OLIVEIRO

KUCHING: Berpegang dengan  Mazhab As- Syafi’I tanpa meminggirkan pandangan mazhab lain dalam perkara hukum dapat mengukuhkan perpaduan dan membawa kepada kemajuan masyarakat di Sarawak.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, metodologi Mazhab As- Syafi’I yang bersifat wasatiyyah (sederhana) sangat sesuai dengan keadaan di Sarawak khususnya yang mempunyai masyarakat majmuk berbilang bangsa dan agama.

“Kerajaan di bawah pimpinan saya, sangat mengutamakan perpaduan dan keharmonian dalam beragama di Sarawak tanpa mengetepikan keutamaan dan kesucian Islam.

“Ia merupakan asas yang sangat perlu untuk sesebuah masyarakat bergerak maju ke hadapan,” katanya pada majlis perasmian Seminar Antarabangsa Imam As-Syafi’i di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. 

Majlis ini diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, beliau  sangat menyokong penganjuran seminar seumpama ini agar kefahaman dalam beragama dalam kalangan masyarakat dapat ditingkatkan.

“Kalau kita tinjau sejarah Mazhab As- Syafi’i yang telah bertapak di nusantara sejak kedatangan Islam ke nusantara sekitar abad ke-13 Masihi. 

Ia kekal relevan sehingga ke hari ini dalam menangani isu-isu hukum yang timbul dalam masyarakat. 

“Inilah yang menjadikan pendekatan Mazhab As- Syafi’i ini relevan kerana masyarakat mendapat panduan hukum yang jelas dengan disiplin yang tinggi dan berhikmah,” katanya lagi.

 Katanya, setelah 60 tahun merdeka, kini Sarawak sangat berpotensi menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang 2030. 

“Saya mengajak semua menjaga perpaduan kerana perpecahan disebabkan isu perkauman hanya akan merugikan kita dan mengganggu usaha yang sedang giat kita laksanakan.

“Kita merasa bersyukur kerana Sarawak yang aman dan rakyatnya sentiasa berusaha untuk mengekalkan perpaduan walaupun berlainan agama dan bangsa.

“Kadangkala kita mempunyai perbezaan pendapat tetapi Alhamdullilah sehingga hari ini tidak pernah terjadi perbalahan melibatkan kaum atau agama yang mencetuskan perpecahan masyarakat majmuk di Sarawak. Inilah yang perlu kita jaga bersama,” katanya.

Jelasnya lagi, amat penting agar semua rakyat di negeri ini memahami agama dengan saluran yang betul dan tepat. 

“Peranan ini telah kita galaskan di bahu Jabatan Mufti Sarawak dan agensi-agensi terlibat dalam mengurus hal ehwal Islam di Sarawak. 

“Melalui seminar ini juga saya berharap agar segala perkongsian ilmu dapat meningkatkan kefahaman kita dalam melaksanakan hidup beragama dengan lebih baik dan harmoni,” katanya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

 

Continue Reading

Previous: Sidang Dun: Desak perwakilan seimbang Dewan Rakyat
Next: Sidang DUN: Kerajaan diminta bantu promosikan beras Adan asal Sarawak 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.