Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Miri dan Tumpat esok
  • SEMASA

MetMalaysia uji siren amaran awal tsunami di Miri dan Tumpat esok

Utusan Sarawak 6 days ago
Foto Jabatan Meteorologi Malaysia

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) akan mengadakan ujian siren Sistem Amaran Awal Tsunami Malaysia (SAATNM) di dua lokasi esok.

MetMalaysia dalam hantaran di platform X hari ini memaklumkan, lokasi ujian itu ialah di Miri Central Park, Miri, Sarawak dari 9.00 pagi hingga 11.00 pagi, serta di Pantai Genting, Tumpat, Kelantan dari 10.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

“Langkah ini bertujuan menguji sistem siren tsunami baharu bagi pelaksanaan Site Acceptance Test (SAT) di lokasi berkenaan,” menurut kenyataan itu.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai, khususnya penduduk di kawasan sekitar, supaya tidak panik dengan bunyi siren berkenaan kerana ia hanyalah ujian.-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Mangsa banjir di Sarawak kekal, Sabah menurun
Next: Penyasaran subsidi petrol guna pelbagai mekanisme, bukan MyKad semata-mata

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.