
KUALA LUMPUR: Nasihat tsunami yang dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini bagi kawasan pantai di Tawau, Semporna, Kunak dan Lahad Datu, Sabah telah ditamatkan.
“Nasihat tsunami yang dikeluarkan pada 8.36 pagi, 8 Jun 2026 ditamatkan pada 12 tengah hari, 8 Jun 2026,” menurut MetMalaysia dalam hantaran di Facebook.
Terdahulu, jabatan itu dalam kenyataan memaklumkan bahawa ombak tsunami setinggi 0.4 meter dijangka melanda kawasan pantai daerah berkenaan bermula dari 10.30 pagi hingga 12.00 tengah hari ini, susulan gempa bumi kuat bermagnitud 7.9 yang melanda Mindanao, Filipina, pagi tadi.
Menurut MetMalaysia, penamatan nasihat tsunami itu ialah maklumat terakhir yang dikeluarkan berkaitan kejadian gempa bumi tersebut melainkan terdapat perkembangan lanjut. – Bernama