Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • MetMalaysia naik taraf Sistem Amaran Tsunami, percepat keluar maklumat
  • NASIONAL

MetMalaysia naik taraf Sistem Amaran Tsunami, percepat keluar maklumat

Utusan Sarawak 11 hours ago
DATUK Seri Johari Abdul Ghani.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sedang menaik taraf Sistem Amaran Awal Tsunami Nasional Malaysia (SAATNM) bagi mempercepat pengeluaran maklumat mengenai gempa bumi dan amaran tsunami.

Pemangku Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Johari Abdul Ghani, berkata amaran awal gempa dan tsunami pada masa ini dikeluarkan dalam tempoh lapan minit selepas pengesanan, disalurkan kepada agensi berkaitan dan orang awam melalui pelbagai saluran komunikasi.

“MetMalaysia sedang menaik taraf sistem bagi mempercepat pengeluaran maklumat kepada enam minit menjelang 2026,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (MUDA-Muar) mengenai persediaan negara menghadapi kejadian gempa bumi terutamanya bagi kawasan yang tidak pernah mengalaminya termasuk langkah pemberitahuan awal.

Johari, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi berkata sistem SAATNM beroperasi 24 jam sehari dan dikendalikan oleh Pusat Operasi Gempa Bumi dan Tsunami Nasional.

Beliau berkata sehingga kini terdapat 80 stesen seismik di seluruh negara, disokong oleh 323 stesen antarabangsa dengan data masa nyata.

“MetMalaysia turut bekerjasama rapat dengan Pacific Tsunami Warning Centre (PTWC), South China Sea Tsunami Advisory Center (SCSTAC) dan Indian Ocean Tsunami Warning & Mitigation System (IOTWMS) bagi memastikan amaran lebih awal, tepat dan diyakini,” katanya.

Menjawab soalan tambahan Syed Saddiq mengenai kemas kini pelan tindakan termasuk dalam pembangunan mengikut data terkini risiko bencana gempa, Johari berkata negara mempunyai Malaysian National Annex to Eurocode 8: Design of Structures for Earthquake Resistance sebagai rujukan.

Beliau berkata garis panduan itu digunakan pihak pemaju dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan bangunan di kawasan titik panas gempa, dibina mengikut garis panduan ditetapkan.

“Antara hotspot yang dikenal pasti ialah Ranau dan Lahat Datu di Sabah; Niah di Sarawak; Bukit Tinggi dan Janda Baik di Pahang; Batang Kali di Selangor; Kuala Pilah di Negeri Sembilan; Kenyir di Terengganu; Manjung dan Temenggor di Perak; serta Mersing, Batu Pahat dan Segamat di Johor.”

“Pemaju yang ingin melaksanakan projek perlu merujuk lokasi hotspot dan mematuhi garis panduan tersebut. PBT juga berperanan memberi nasihat spesifikasi pembinaan berdasarkan data gempa,” katanya.

-BERNAMA 

Tags: Nasional

Continue Reading

Previous: Bekas suami culas bayar nafkah mungkin berdepan sitaan kewangan – Mohd Na’im
Next: Kertas cadangan Tribunal Antibuli dibentang dalam mesyuarat kabinet esok – Azalina

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.