
KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan ribut tropika Penha yang bergerak ke arah barat pada kelajuan 25 kilometer sejam (km/j) pada jarak kira-kira 1,065km ke Timur Laut Kinabatangan, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.
Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 5.00 petang tadi adalah di latitud 8.6 utara dan longitud 127.4 timur, kira-kira 250km ke Timur Laut Davao, Filipina.
-Bernama