MetMalaysia keluarkan nasihat Lekukan Tropika

Facebook
WhatsApp
JABATAN Meteorologi Malaysia.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika (a) pada 8.00 malam yang dikesan berlaku pada latitud 17.2 utara dan longitud 110.8 timur kira-kira 303 kilometer (km) ke timur laut Da Nang, Vietnam.

Pusat Operasi Cuaca dan Gempa Bumi Nasional MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ribut itu bergerak ke arah barat barat laut dengan kelajuan 20 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 56 km/j.

Menurut kenyataan itu lagi, jarak Lekukan Tropika (a) dari bandar terdekat, kira-kira 1,318km ke barat laut Kudat, Sabah.

MetMalaysia memaklumkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia setakat ini.

-Bernama

Serian, Lundu catat IPU tidak sihat

KUCHING: Kualiti udara di kebanyakan kawasan Sarawak masih berada pada tahap sederhana setakat 4.00 petang ini, dengan IPD Serian (MCAQM) meningkat

Buaya tembaga 2.1 meter diserah kepada SFC

SPAOH: Seekor buaya tembaga liar sepanjang sekitar 2.1 meter yang mengejutkan penduduk Kampung Medang selepas ditemui terperangkap pada jaring sebuah