MetMalaysia keluar nasihat Lekukan Tropika

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan ia dikesan pada 11.00 pagi pada kedudukan latitud 6.7 utara dan longitud 109.4 timur, kira-kira 518 kilometer ke barat laut Mukah, Sarawak.

Lekukan Tropika itu bergerak ke arah timur laut dengan kelajuan 19 kilometer sejam (km/j) serta kelajuan angin maksimum 46 km/j.

-BERNAMA

20 petugas SAR digerakkan ke Long Lellang

KUCHING: Sebanyak 20 petugas daripada pelbagai agensi digerakkan ke Long Lellang pagi ini untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) susulan nahas helikopter di kawasan