Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap 1 di 16 kawasan
  • SEMASA

MetMalaysia keluar amaran cuaca panas tahap 1 di 16 kawasan

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan status cuaca panas Tahap 1 atau kategori berjaga-jaga bagi 13 kawasan di Semenanjung melibatkan Perlis, Kedah, Perak, Pahang dan Kelantan serta tiga kawasan di Sabah dan Sarawak.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, kawasan yang terlibat ialah seluruh negeri Perlis, manakala di Kedah membabitkan kawasan Kubang Pasu, Pokok Sena, Pendang, Padang Terap dan Sik.

Turut tersenarai ialah dua kawasan di Perak, iaitu Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Pahang melibatkan kawasan Temerloh dan Jerantut. 

Bagi Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Machang, Pasir Mas dan Jeli.

Amaran sama turut dikeluarkan di dua kawasan di Sarawak, iaitu Limbang dan Marudi dan di Beaufort, Sabah.

Menurut MetMalaysia, status Tahap 1 atau berjaga-jaga dikeluarkan apabila suhu maksimum harian di sesuatu kawasan mencecah 35 hingga 37 darjah Celsius untuk sekurang-kurangnya tiga hari berturut-turut.

Orang ramai boleh merujuk laman web rasmi jabatan itu di https://www.met.gov.my/iklim/status-cuaca-panas/ untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai status cuaca panas harian di seluruh negara. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: TYT, Toh Puan beri penghormatan terakhir kepada mendiang Dr Jane Yong
Next: 70 peratus penagih di Malaysia terlibat dadah sintetik, AADK siap sedia tangani ancaman – KP

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.