Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Meta berhentikan pekerja mulai minggu depan
  • GLOBAL

Meta berhentikan pekerja mulai minggu depan

Utusan Sarawak 2 years ago
Ketua Meta Mark Zuckerberg mengumumkan penamatan perkhidmatan  dijangka pada akhir April dan Mei.
Meta dijangka mengurangkan saiz pasukannya kira-kira 10,000 orang, selain menutup 5,000 jawatan yang tidak diisi.

WASHINGTON: Syarikat teknologi yang berpangkalan di Amerika Syarikat Meta akan memulakan satu lagi pusingan pemecatan minggu depan, selepas penamatan perkhidmatan dalam beberapa bulan kebelakangan ini, Sputnik memetik laporan Vox hari ini.

“Gelombang ketiga akan berlaku minggu depan,” presiden Meta Hal Ehwal Global, Nick Clegg, dilaporkan berkata semasa mesyuarat agung syarikat pada Khamis.

Pada Mac, ketua Meta Mark Zuckerberg mengumumkan penamatan perkhidmatan  dijangka pada akhir April dan Mei.

Meta dijangka mengurangkan saiz pasukannya kira-kira 10,000 orang, selain menutup 5,000 jawatan yang tidak diisi, kata Zuckerberg.

Pemecatan akan diteruskan sama seperti April, di mana 4,000 pekerja telah ditamatkan perkhidmatan, Clegg berkata semasa mesyuarat itu.

Penamatan perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada “Tahun Kecekapan” Meta yang diumumkan oleh Zuckerberg.

Inisiatif itu bertujuan meningkatkan prestasi kewangan bagi melaksanakan visi jangka panjang syarikat, katanya.

Produk meta termasuk platform media sosial Facebook dan Instagram, serta aplikasi pemesejan WhatsApp. – Bernama-Sputnik

Continue Reading

Previous: Istiadat pemakaman Ratu Elizabeth II libat kos AS$200 juta
Next: Bank pusat India keluarkan wang kertas 2,000 rupee daripada edaran

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.