Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mesyuarat strategik JPJ Miri selaras kemasukan bas Brunei ke Sabah, Sarawak
  • TEMPATAN

Mesyuarat strategik JPJ Miri selaras kemasukan bas Brunei ke Sabah, Sarawak

Utusan Sarawak 20 hours ago
PERTEMUAN STRATEGIK… Datuk Hasbi Habibollah ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan berhubung bas dan van penumpang dari Brunei Darussalam yang memasuki Sabah dan Sarawak di sini, semalam.

MIRI: Bilik Mesyuarat Utama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Miri menjadi lokasi pertemuan strategik apabila Mesyuarat Penyelarasan berkaitan pengoperasian bas dan van penumpang dari Brunei Darussalam yang memasuki Sabah dan Sarawak telah diadakan di sini, semalam.

Mesyuarat itu melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan dan pelancongan dari kedua-dua negara.

Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Hasbi Habibollah, membincangkan isu kemasukan bas dan van penumpang dari Brunei ke Sabah dan Sarawak, termasuk aspek hubungan dua hala, imej negara serta penguatkuasaan undang-undang sedia ada.

Menurut Kementerian Pengangkutan, setiap perkhidmatan pengangkutan darat lintas sempadan perlu mematuhi undang-undang bagi memastikan kelancaran sektor pelancongan dan keselamatan rakyat tanpa menjejaskan kedaulatan negara.

Mesyuarat tersebut menegaskan komitmen bersama untuk memperkukuh hubungan diplomatik, meningkatkan penguatkuasaan serta memelihara keselamatan dan martabat kedua-dua negara serumpun di persada antarabangsa.

Hadir sama wakil kerajaan Brunei Darussalam, pegawai kanan Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT), Agensi Kawalan Perkhidmatan Sempadan (AKPS), JPJ Negeri Sabah dan Sarawak, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah dan Sarawak, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Sabah dan Sarawak serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Turut hadir Pengarah JPJ Sarawak, Norizan Jili, Ketua Cawangan JPJ Miri, Fifi Suhesty Asmuni dan Ketua Seksyen Operasi JPJ Sarawak, Saifullah Ali.

Oleh Adum Liu

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Hornbill Familia raih johan Gema Warisan Tradisi Alat Muzik Tradisional
Next: Program ‘Kamek Prihatin, Kitak Penting’ satukan inisiatif kerajaan demi kesejahteraan rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.