Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mesyuarat Pra-Majlis MTPMA63 selaras isu teknikal, perundangan MA63
  • SEMASA

Mesyuarat Pra-Majlis MTPMA63 selaras isu teknikal, perundangan MA63

Utusan Sarawak 6 hours ago
TIMBALAN Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mempengerusikan Mesyuarat Pra-Majlis bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil 1 2026 di Kuala Lumpur, semalam. Foto UKAS

KUALA LUMPUR: Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan mempengerusikan Mesyuarat Pra-Majlis bagi Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal di Bawah Majlis Tindakan Pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MTPMA63) Bil 1 2026 di sini, semalam.

Mesyuarat tersebut sebagai langkah penyelarasan awal serta pemantapan menjelang Mesyuarat MTPMA63 yang dijadual berlangsung di Parlimen hari ini dan dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Amar Fadillah Yusof.

Antara yang hadir ialah Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, MA63 dan Perhubungan Negeri- Persekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, Peguam Besar, Dato Sri Saferi Ali, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Perancangan Ekonomi dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel serta ketua-ketua jabatan yang berkaitan.

Mesyuarat berkenaan menjadi platform penting bagi memastikan setiap isu teknikal dan perundangan berkaitan pelaksanaan MA63 diteliti secara menyeluruh, sekali gus memperkukuh kesepaduan pendirian Sarawak dalam memperjuangkan hak serta kepentingan negeri di peringkat Persekutuan.

Langkah penyelarasan awal ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan Sarawak dalam memastikan setiap rundingan dan keputusan yang dibincangkan di peringkat MTPMA63 dilaksanakan secara tersusun, berfakta dan berlandaskan kerangka perundangan yang jelas.

-UKAS
 

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Hampir 14.8 juta nikmati BUDI95, nilai jualan RM12.8 bilion setakat 28 Februari
Next: Malaysia atur bantuan untuk jemaah terkandas di Arab Saudi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.