Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mesyuarat Pengurusan KEMAS Sarawak fokus penambahbaikan aset dan kewangan
  • Selatan
  • WILAYAH

Mesyuarat Pengurusan KEMAS Sarawak fokus penambahbaikan aset dan kewangan

Utusan Sarawak 1 day ago
MESYUARAT Pengurusan KEMAS Sarawak Bilangan 2/2025 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat KEMAS Sarawak, Tingkat 6, Bangunan Sultan Iskandar, Kuching hari ini.

KUCHING: Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Negeri Sarawak terus komited dalam memperkukuh pengurusan dalaman menerusi penganjuran Mesyuarat Pengurusan KEMAS Sarawak Bilangan 2/2025 yang memberi tumpuan kepada aspek pengurusan aset dan kewangan jabatan.

Mesyuarat yang diadakan secara hibrid, melibatkan lebih 40 pegawai dari seluruh negeri, merangkumi tiga mesyuarat utama iaitu Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Mesyuarat Pengerusi Kewangan dan Akaun (JPKA), serta Mesyuarat JKPAK Fasiliti.

Ketiga mesyuarat tersebut berlangsung di Bilik Mesyuarat KEMAS Sarawak, Tingkat 6, Bangunan Sultan Iskandar, di sini dan disertai secara dalam talian oleh pegawai KEMAS dari peringkat bahagian, daerah serta pegawai yang sedang bertugas di seluruh Sarawak.

Menurut kenyataan KEMAS Sarawak, mesyuarat ini bertujuan menyelaras dan memperkemas tadbir urus aset dan kewangan jabatan agar lebih cekap, telus dan selaras dengan peraturan semasa.

Antara fokus utama yang dibincangkan ialah pemantauan penggunaan aset, penyenggaraan fasiliti, pengurusan perolehan serta penambahbaikan dalam penyediaan laporan kewangan.

Langkah ini dilihat sebagai usaha berterusan KEMAS dalam memastikan integriti dan keberkesanan pelaksanaan program serta perkhidmatan yang menyeluruh kepada masyarakat luar bandar.

Oleh Norman B.

Continue Reading

Previous: Kempen Derma Darah akan diadakan di BBP Bintangor Sabtu ini
Next: Act now to stop heavy lorries from damaging residential roads, says Michael Kong

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.