Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mesyuarat pegawai kanan ASEAN di Kuching bermula hari ini
  • SEMASA

Mesyuarat pegawai kanan ASEAN di Kuching bermula hari ini

Utusan Sarawak 9 hours ago
PARA delegasi menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN ke-43 (SOME) dan mesyuarat berkaitan hari ini. Foto BERNAMA

KUCHING: Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga ke-43 dan mesyuarat berkaitannya di sini bermula hari ini dan sehingga 18 Jun 2025, dengan kira-kira 250 perwakilan, termasuk pegawai kanan tenaga dan wakil daripada Sekretariat ASEAN dan Pusat Tenaga ASEAN.

Mesyuarat yang dihoskan oleh Kementerian Transformasi Air dan Peralihan Tenaga sempena kepengerusian ASEAN 2025 oleh Malaysia itu melibatkan semua 10 negara anggota ASEAN iaitu Malaysia, Brunei Darussalam, Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Singapura, Thailand dan Vietnam, dengan Timor-Leste sebagai pemerhati.

Mereka disertai oleh rakan dialog China, Korea Selatan, Jepun, Rusia, Amerika Syarikat dan wakil daripada Agensi Tenaga Boleh Baharu Antarabangsa, Agensi Tenaga Antarabangsa, Institut Penyelidikan Ekonomi ASEAN dan Asia Timur, Bank Pembangunan Asia dan Bank Dunia.

DELEGASI menghadiri Mesyuarat Pegawai Kanan Tenaga ASEAN ke-43 (SOME). Foto BERNAMA

Mesyuarat Pegawai Kanan mengenai Tenaga dan mesyuarat yang berkaitan itu bertujuan menyelaraskan dasar tenaga ASEAN di peringkat pegawai kanan.

Agenda itu termasuk meneliti semula kemajuan Pelan Tindakan bagi Kerjasama Tenaga ASEAN (APAEC) dan menyediakan keputusan penting untuk Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-43, yang dijadualkan diadakan pada Oktober ini.

Perbincangan di peringkat pegawai kanan itu akan menumpukan kepada hasil berdasarkan konsensus, seperti pelan kerja APAEC yang dikemas kini, pengesyoran dasar mengenai keterjaminan tenaga serantau, pembiayaan tenaga boleh baharu dan penyepaduan grid.

Hasil utama yang dijangka termasuk memajukan inisiatif yang terkandung dalam Memorandum Persefahaman (MoU) yang Dipertingkatkan bagi Grid Tenaga ASEAN (APG), memuktamadkan draf dokumen dasar APAEC, dan mendapatkan sokongan bagi Perjanjian Jaminan Petroleum ASEAN.

Bidang perbincangan utama bagi Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN mengenai Tenaga tahun ini termasuk APG, status inisiatif ke arah mencapai sasaran APAEC, dan pembiayaan peralihan tenaga. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: ASEAN-SOME: Malaysia tegaskan komitmen teguh terhadap kerjasama tenaga serantau
Next: Premier Sarawak bakal rasmi Jambatan Batang Saribas 1, lancar BDDA pada 19 Julai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.