Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Mesyuarat berkala sebagai medium utarakan kebimbangan
  • TEMPATAN

Mesyuarat berkala sebagai medium utarakan kebimbangan

Utusan Sarawak 2 years ago

Dua kes telah dilaporkan di Sarawak berikutan penubuhan pasukan petugas khas bebas bagi penambahbaikan budaya kerja perkhidmatan kesihatan. - Michael Tiang Ming Tee

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengambil inisiatif mengadakan mesyuarat berkala sebagai medium doktor pelatih (house officers) menyalurkan kebimbangan mereka kepada Bahagian Pelatih, Pegawai Perubatan dan Pakar Perubatan (SCHOMOS).

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Kesihatan Awam dan Perumahan), Michael Tiang Ming Tee berkata, dua kes telah dilaporkan di Sarawak berikutan penubuhan pasukan petugas khas bebas bagi penambahbaikan budaya kerja perkhidmatan kesihatan.

“Bagi mengelak daripada berlakunya isu ini, Jabatan telah mengambil langkah untuk mengadakan mesyuarat berkala bersama doktor pelatih dan pengarah hospital.

“Ini (mesyuarat berkala) bagi memberi peluang kepada mereka (doktor pelatih) untuk menyalurkan kebimbangan mereka kepada SCHOMOS dan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

“Selain itu, Jabatan kaunseling dan psikiatri juga terlibat secara aktif untuk menyediakan sokongan mental untuk semua pekerja penjagaan kesihatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Satok, Dato Ibrahim Baki dalam Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, hari ini.

Sementara itu, katanya terdapat empat hospital di Sarawak yang menyediakan latihan ‘housemanship’ yang melibatkan Hospital Umum Sarawak (HUS), Hospital Sibu, Hospital Miri dan Hospital Bintulu.

Menurut Michael, jumlah doktor pelatih yang melapor diri bertugas di Sarawak menunjukkan penurunan sejak 2020.

“Pada 2020, terdapat 270 doktor pelatih baharu, 222 orang pada 2021 dan 158 orang pada 2022.

“Ini (trend menurun) mungkin disebabkan sistem penempatan baharu yang diterima pakai oleh Kementerian Kesihatan Persekutuan yang membenarkan graduan perubatan baharu memilih hospital mereka untuk ‘housemanship’ mereka,” ujarnya.

Oleh RYNNA SHA’ERRA

Continue Reading

Previous: EFS manfaat 82,265 bayi sejak 2019
Next: JPJ Sarawak laksana penguatkuasaan ke atas lori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.