Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Mesyuarat ALP PCSB tumpu penambahbaikan pengurusan dan strategi
  • Selatan
  • WILAYAH

Mesyuarat ALP PCSB tumpu penambahbaikan pengurusan dan strategi

Utusan Sarawak 3 days ago
HALA TUJU…Dr Abdul Rahman kelihatan membincangkan hala tuju PCSB dalam usaha menambah baik strategi perniagaan PCSB.  

PETRA JAYA: Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Dr Abdul Rahman Ismail, yang juga Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah (ALP) Peladang Consultancy Sdn Bhd (PCSB), mempengerusikan Mesyuarat ALP PCSB Kali Ke-3 di Bangunan Baitul Makmur, di sini hari ini.

Mesyuarat itu membincangkan usaha menambah baik aspek pengurusan dalaman serta penyusunan semula strategi bagi mengukuhkan hala tuju PCSB.

PCSB memainkan peranan penting dalam pengedaran dan pemasaran input pertanian serta baja di seluruh Sarawak.

Turut hadir, ALP PCSB Dato Dennis Ngau, Azizul Annuar Pehin Sri Haji Adenan dan ahli ALP lainnya termasuk, Ketua Pegawai Eksekutif PCSB Gom Raway, Setiausaha ALP PCSB Magerate Nanyang Senin dan Ketua Pegawai Operasi PCSB Dickson Kedum.

Oleh Adeng Edrus

Continue Reading

Previous: Mesyuarat khas tumpu laporan kemajuan projek masjid dan surau Kota Samarahan
Next: Sarawak Police Commissioner visits Kuching Police Headquarters

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.