‘Messy’ single baharu Rose tembus carta muzik Britian

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram
ROSE Blackpink

SEOUL: ‘Messy’, single terbaharu daripada Rose, sensasi K-pop yang terkenal menerusi lagu hit global ‘APT.’ telah tersenarai buat kali pertama dalam Carta Single Rasmi UK, lapor Agensi Berita Yonhap.

“Messy” berada di tangga ke-100 pada carta mingguan muzik berkenaan manakala “APT.” yang menampilkan Bruno Mars kekal di tangga ke-26, menandakan minggu ke-30 berturut-turut berada dalam carta.

Lagu baharu itu merupakan runut bunyi asal untuk filem drama aksi sukan Hollywood terbaharu ‘F1’, yang menampilkan Brad Pitt. Ia dilancarkan pada 8 Mei.– Bernama-Yonhap