Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi terlepas aksi MLS menentang Orlando City
  • SUKAN

Messi terlepas aksi MLS menentang Orlando City

Utusan Sarawak 22 hours ago

Lionel Messi ketika mengetuai Inter Miami menentang Club Necaxa dari Mexico pada aksi Piala Liga awal bulan ini. – Foto fail AFP

MIAMI, Amerika Syarikat: Lionel Messi tidak akan beraksi bersama Inter Miami menentang seteru Florida, Orlando City dalam saingan Major League Soccer (MLS) pagi esok ketika dia masih dalam proses pemulihan daripada kecederaan otot ringan, kata jurulatih Javier Mascherano semalam.

“Tidak, Leo tidak akan diturunkan esok,” kata Mascherano.

“Keadaannya baik, tetapi adalah tidak wajar untuk mengambil risiko membawanya ke Orlando memandangkan jadual perlawanan penting yang menanti.

“Kami optimis dia akan kembali bersama pasukan tidak lama lagi.”

Selepas aksi ‘Florida Derby’ menentang Orlando, Inter Miami akan menerima kunjungan LA Galaxy pada 16 Ogos, sebelum bertemu kelab Mexico, Tigres UANL pada suku akhir Piala Liga tiga hari kemudian.

Pemenang Ballon d’Or lapan kali itu terlepas aksi terakhir peringkat kumpulan Piala Liga selepas mengalami kecederaan otot ringan di bahagian atas kaki kanan ketika kemenangan Miami ke atas Necaxa pada 2 Ogos lalu.

Ketika ini, Inter Miami berada di tangga kelima Eastern Conference MLS, ketinggalan lapan mata di belakang pendahulu Philadelphia dan hanya satu mata mengatasi Orlando, namun mempunyai kelebihan kerana beraksi kurang tiga perlawanan.

Walaupun kehilangan Messi memberi sedikit tamparan, Miami mendapat suntikan semangat dengan kehadiran rakan senegara bintang itu, Rodrigo De Paul yang menjaringkan gol pertamanya untuk The Herons ketika menang 3-1 ke atas Pumas UNAM bagi mengesahkan slot ke suku akhir Piala Liga. – AFP

Continue Reading

Previous: Beri peluang Wan Arif-Roy King, Hon Jian-Muhammad Haikal beraksi di Sukan SEA – Aaron
Next: Eksklusif: Brandon Baki kembali gamit pentas, Juara Sukan Fizik Lelaki 170cm ke Bawah Mr. Kuching 2025

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.