Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi terima anugerah berprestij Princess Of Asturias
  • SUKAN

Messi terima anugerah berprestij Princess Of Asturias

Utusan Sarawak 4 hours ago
PEMAIN Argentina, Lionel Messi (#10) menyertai sesi latihan pasukan kebangsaan Argentina di Pusat Latihan Sporting KC pada 3 Jun 2026 di Kansas City, Kansas. Foto AFP

MADRID: Legenda bola sepak Lionel Messi dinobatkan sebagai penerima Anugerah Princess of Asturias untuk sukan bagi 2026 pada Rabu, lapor Xinhua.

Penghormatan itu diperoleh hanya beberapa hari selepas Messi disenaraikan dalam skuad Piala Dunia Argentina bagi apa yang bakal menjadi penampilan Piala Dunia keenam dalam kariernya.

Anugerah berkenaan mengiktiraf bakat luar biasa pemain berusia 38 tahun itu, perjalanan kerjayanya yang cemerlang serta usaha kebajikan berterusan yang dilakukannya bagi meningkatkan akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan untuk kanak-kanak yang kurang bernasib baik.

PEMAIN Argentina, Lionel Messi (#10) menyertai sesi latihan pasukan kebangsaan Argentina di Pusat Latihan Sporting KC pada 3 Jun 2026 di Kansas City, Kansas. Foto AFP

Messi mengikuti jejak bintang tenis Serena Williams sebagai tokoh sukan terbaharu menerima penghormatan itu.

Sejak diperkenalkan pada 1987, anugerah berkenaan pernah diberikan kepada tokoh dan pasukan sukan terkenal seperti Carolina MarĂ­n, Sebastian Coe, pasukan ragbi kebangsaan New Zealand serta pasukan bola sepak Sepanyol. 

Dalam petikan juri, Messi dipuji kerana berjaya meraih penghormatan dan dikagumi ramai melalui sikap teladannya di atas padang, selain ketabahan, kerendahan hati dan komitmennya terhadap permainan berpasukan. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: 12 pemain, tiga pegawai Thailand dirujuk ke Jawatankuasa Tatatertib ISTAF
Next: Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik, Pearly-Thinaah mara ke pusingan kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.