Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi sah jadi pemilik kelab Sepanyol, Cornella
  • SUKAN

Messi sah jadi pemilik kelab Sepanyol, Cornella

Utusan Sarawak 2 hours ago
LIONEL Messi sah ambil alih kelab Sepanyol UE Cornellà. Foto AFP

MADRID: Legenda bola sepak Lionel Messi kini menjadi pemilik Cornella, kelab bola sepak Sepanyol yang beraksi di peringkat ketiga, lapor PA Media/dpa.

Kelab yang berpangkalan di wilayah Baix Llobregat, Catalonia itu mengesahkan bintang Argentina berkenaan telah mengambil alih 100 peratus pegangan, sekali gus mengukuhkan lagi hubungannya dengan kota itu, tempat beliau mencipta nama sepanjang karier 17 tahunnya dari 2004 hingga 2021.

Dalam kenyataan rasmi, Cornella memaklumkan pemenang Ballon d’Or lapan kali itu telah memuktamadkan pengambilalihan kelab berkenaan dan kini menjadi pemilik baharu pasukan itu.

Menurut kelab itu, langkah berkenaan mencerminkan komitmen Messi terhadap pembangunan sukan serta bakat tempatan di Catalonia, selain memperkukuh hubungan eratnya dengan rantau itu sejak zaman kegemilangannya bersama Barcelona.

Cornella ditubuhkan pada 1951 dan sebelum ini bersaing dalam kejohanan serantau serta liga bawahan di Sepanyol sebelum dinaikkan ke Segunda Division B pada musim 2013-2014.

Kelab itu juga pernah mencipta kejutan dalam saingan Copa del Rey pada 2021 apabila menyingkirkan Atletico Madrid, sebelum langkah mereka disekat Barcelona pada pusingan berikutnya selepas masa tambahan.

Cornella juga melahirkan beberapa pemain yang kemudian mencipta kerjaya profesional termasuk Jordi Alba, Gerard Martin dan penjaga gol Arsenal, David Raya.

Messi, yang kini berusia 38 tahun dan masih beraksi bersama Inter Miami di Amerika Syarikat, meledak 672 gol dalam 778 penampilan bersama Barcelona, selain membantu kelab itu menjulang 10 gelaran La Liga dan empat trofi Liga Juara-Juara. – Bernama-PA Media/dpa

Continue Reading

Previous: Bekas penjaga gol Arsenal, Alexander Manninger, meninggal dunia selepas kereta dirempuh kereta api

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.