Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Messi masih ragu-ragu sertai Piala Dunia 2026, sebab faktor usia
  • SUKAN

Messi masih ragu-ragu sertai Piala Dunia 2026, sebab faktor usia

Utusan Sarawak 4 days ago

Lionel Messi. Foto AFP

BUENOS AIRES: Lionel Messi menimbulkan tanda tanya mengenai penyertaannya di Piala Dunia 2026 meskipun meledak dua gol ketika membantu Argentina menewaskan Venezuela 3-0 dalam aksi kelayakan, awal pagi semalam.

Kapten berusia 38 tahun itu mengakui masih ragu-ragu untuk beraksi di pentas terbesar bola sepak dunia tahun depan berikutan faktor usia, masalah kecederaan serta beberapa perlawanan yang terlepas bersama kelabnya di MLS, Inter Miami.

“Sebelum ini saya sudah nyatakan, secara logiknya agak sukar untuk saya bermain di Piala Dunia ketika berusia 39 tahun. 

“Memang sembilan bulan lagi nampak dekat, tapi sebenarnya tempoh itu agak panjang,” kata Messi selepas perlawanan di Stadium Monumental.

“Saya sangat mencintai permainan ini dan mahu terus bermain, tetapi saya sedar saatnya akan tiba. Ia akan berlaku bila masanya sampai,” tambahnya.

Jurulatih Argentina, Lionel Scaloni, turut mengesahkan Messi tidak akan dibawa ke perlawanan terakhir kelayakan menentang Ecuador di Guayaquil pada Selasa bagi memberi ruang kepadanya berehat.

“Apabila saya rasa cergas, saya menikmatinya. Tetapi jika tidak, ia sangat menyakitkan dan saya lebih rela tidak bermain. Jadi kita lihat nanti bagaimana keadaannya,” kata Messi mengenai tahap kecergasannya.

Continue Reading

Previous: Jojo tebus kekecewaan, tewaskan petarung Maghribi menerusi TKO
Next: Mbappe ledak gol bantu Perancis tewaskan Ukraine

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.