Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mesir pasang semula bot purba firaun di muzium baharu
  • GLOBAL

Mesir pasang semula bot purba firaun di muzium baharu

Utusan Sarawak 4 hours ago
MESIR memulakan pemasangan semula bot solar kedua Raja Khufu berusia 4,500 tahun di Muzium Besar Mesir sebagai usaha memelihara warisan dunia.

KAHERAH: Mesir pada Selasa memulakan kerja pemasangan semula bot solar kedua milik Raja Khufu yang berusia ribuan tahun di Muzium Besar Mesir (GEM) yang baru dibuka, lapor Xinhua.

Proses pemulihan itu dijangka mengambil masa kira-kira empat tahun dan akan dibuka kepada pengunjung untuk menyaksikan kerja-kerja berkenaan secara langsung.

Menteri Pelancongan dan Antikuiti Sherif Fathy berkata pemasangan itu menyusuli usaha pemeliharaan, pendokumentasian dan pengimbasan tiga dimensi (3D) terhadap serpihan bot berkenaan selama beberapa tahun, sambil menegaskan kepentingannya sebagai warisan dunia.

Bot yang berusia kira-kira 4,500 tahun itu ditemukan berhampiran Great Pyramid, iaitu makam Raja Khufu pada 1954. Ia terdiri daripada kira-kira 1,650 serpihan kayu dan berukuran sekitar 42 meter panjang.

“Bot solar pertama Khufu ditemui dalam keadaan hampir lengkap, namun bot kedua yang sedikit lebih kecil itu ditemukan dalam keadaan yang sangat daif,” kata Ketua Pegawai Eksekutif GEM Ahmed Ghoneim.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Lapan maut, termasuk kanak-kanak, dalam kemalangan SUV di China
Next: Krisis sempadan jejaskan pelancongan di Kuil Angkor, Kemboja

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.