Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mesir memumiakan jerung baham pelancong Rusia
  • GLOBAL

Mesir memumiakan jerung baham pelancong Rusia

Utusan Sarawak 2 years ago
Sebahagian anggota badan pelancong berusia 28 tahun itu ditemukan dalam perut haiwan itu, manakala selebihnya dijumpai oleh nelayan.

ANKARA: Mesir dalam usaha untuk memumiakan jerung tenggiri (tiger shark) yang membaham seorang pelancong Rusia di bandar Hurghada, dekat Laut Merah pada Khamis lepas.

Haiwan itu kemudian berjaya ditangkap dan dibawa ke darat.

Sebahagian anggota badan pelancong berusia 28 tahun itu ditemukan dalam perut haiwan itu, manakala selebihnya dijumpai oleh nelayan.

Bangkai jerung tenggiri itu telah diserahkan kepada penyelidik di Institut Sains Marin untuk diawet sebelum dipamerkan di muzium, menurut Agensi Anadolu memetik akhbar tempatan Shorouk.

“Jerung tenggiri, haiwan kedua paling berbahaya kepada manusia selepas jerung putih.

“Haiwan itu boleh ditemukan di Laut Merah dalam jumlah yang kecil. Bagaimanapun, jerung itu dikatakan memburu di sekitar pantai dan boleh menangkap mangsanya pada kedalaman kurang dua meter,” kata pakar di Institut Sains Marin, Ashraf Seddik.

Sementara itu, ketua institut berkenaan Ahmed Wahballah berkata, jerung itu akan dipamerkan di Muzium Institut Saintifik. 

Pada 2022, dua pelancong Eropah terbunuh diserang haiwan itu berhampiran Hurghada manakala pada 2020, seorang budak lelaki Ukraine kudung tangan dan seorang pemandu pelancong Mesir kudung sebelah kaki akibat diserang jerung.

Seorang pelancong Czech, pelancong Jerman serta pelancong dari Eropah turut maut akibat dibaham jerung masing-masing pada 2018, 2015, 2010. – Bernama-Agensi Anadolu

Continue Reading

Previous: Twitter berdepan saman AS$250 juta daripada 17 penerbit muzik
Next: Kuwait tubuhkan kerajaan baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.