Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Mesir hantar konvoi bantuan ke Gaza selepas gencatan senjata dicapai
  • GLOBAL

Mesir hantar konvoi bantuan ke Gaza selepas gencatan senjata dicapai

Utusan Sarawak 2 days ago
KENDERAAN perisai tentera Israel diangkut di belakang trak di sepanjang sempadan Israel-Gaza hari ini. Foto AFP

KAHERAH: Mesir pada Khamis menghantar konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, yang pertama selepas perjanjian dicapai mengenai fasa pertama perjanjian gencatan senjata di Gaza, lapor Xinhua.

Dikendalikan oleh Bulan Sabit Merah Mesir (ERC), ia merupakan konvoi bantuan keempat yang dihantar dari Mesir ke Gaza sejak 27 Julai, menurut Saluran berita Mesir, Al–Qahera News.

Konvoi itu membawa ribuan tan bekalan makanan, termasuk beras, pasta, tepung dan susu formula bayi, selain ubat-ubatan serta bekalan perubatan, dan memulakan perjalanannya dalam suasana kegembiraan dan optimisme, menurut laporan itu.

Konvoi itu menyeberangi lintasan Rafah – satu-satunya laluan yang menghubungkan Semenanjung Sinai dengan Semenanjung Gaza – menuju ke lintasan Kerem Shalom untuk pemeriksaan oleh pihak berkuasa Israel sebelum memasuki wilayah Gaza, menurut laporan itu.

HELIKOPTER tentera Israel terbang melintasi kawasan sempadan Israel-Gaza. Israel dan Hamas hari ini bersetuju perjanjian gencatan senjata Gaza untuk membebaskan tebusan yang masih hidup, dalam langkah besar ke arah menamatkan perang yang telah membunuh puluhan ribu orang dan mencetuskan malapetaka kemanusiaan. Foto AFP

Terdahulu pada Khamis, pengantara dalam rundingan Israel-Hamas memaklumkan bahawa satu perjanjian yang merangkumi semua ketetapan dan mekanisme pelaksanaan berkaitan fasa pertama perjanjian gencatan senjata Gaza telah dicapai, dan draf akhir perjanjian sedang dimuktamadkan.

Perjanjian itu akan menamatkan serangan, memastikan pembebasan tawanan Israel dan tahanan Palestin, serta membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke wilayah berkenaan, dengan butiran lanjut akan diumumkan kemudian.

Pengumuman mengenai perjanjian itu dibuat susulan rundingan tidak langsung selama tiga hari antara Hamas dan Israel di bandar peranginan Sharm el-Sheikh, Mesir bagi merundingkan pelan damai yang dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump.- Bernama-Xinhua

Continue Reading

Previous: Gempa bumi bermagnitud 5.4 landa Sichuan, barat daya China – CENC
Next: Amaran hujan lebat khas dikeluarkan bagi Pulau Izu ketika Taufan Halong menghampiri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.