Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • “Mesin basuh manusia” dipamer di Ekspo Osaka akan dijual pada 2026
  • GLOBAL

“Mesin basuh manusia” dipamer di Ekspo Osaka akan dijual pada 2026

Utusan Sarawak 7 hours ago
PERANTI mandian automatik menyerupai tab mandi ini bakal dijual kepada pengguna mulai 2026. Foto AGENSI

OSAKA: Sebuah ‘mesin basuh manusia’ yang mampu membersih dan mengeringkan seluruh tubuh badan, serta mencuri tumpuan ramai ketika dipamerkan di Ekspo Dunia Osaka tahun ini akan mula dijual kepada pengguna pada 2026, lapor Agensi Berita Kyodo memetik kenyataan pembangunnya.

Menurut laporan itu, penghantaran awal mesin berkenaan ke pusat penjagaan warga emas dijadual bermula Mac tahun depan.

Jualan kepada orang awam pula bagi mesin yang dibangunkan oleh pengeluar peralatan mandi dan pancuran, Science Co., dijangka bermula menjelang akhir 2026.

MESIN basuh manusia yang dipamerkan di Ekspo Dunia Osaka, menggunakan teknologi ‘fine-bubble’ untuk membersih dan mengeringkan tubuh dalam masa 10 minit. Foto AGENSI

Pengerusi syarikat, Yasuaki Aoyama berkata mesin itu direka untuk mengurangkan beban proses mandian bukan sahaja kepada pengguna, malah kepada penjaga.

Peranti berkenaan menyerupai tab mandi segi empat tepat yang ditinggikan.

Pengguna memasuki peranti itu melalui pintu di bahagian sisi sebelum duduk untuk menjalani sesi mandian.

Mesin itu menggunakan teknologi ‘fine-bubble’ yang menghasilkan gelembung halus mampu menembusi celahan kecil pada kulit, sekali gus membolehkan pembersihan seluruh badan tanpa memerlukan syampu atau gosokan.

Setiap sesi mandian mengambil masa sekitar 10 minit.

Mesin berkenaan akan dijual pada harga 1.45 juta yen (RM38,000).

“Kami telah menghasilkan versi dunia sebenar mesin basuh manusia yang membersihkan tubuh dari kepala hingga ke kaki,” kata Aoyama.

Idea mesin basuh manusia ini pertama kali diperkenalkan kepada umum pada Ekspo Osaka 1970.

Menurut syarikat itu, kira-kira 1,300 pengunjung telah mencuba peranti berkenaan sepanjang pameran Ekspo Dunia Osaka tahun ini. Syarikat berkenaan turut menerima permintaan dari dalam dan luar negara supaya teknologi itu dikomersialkan.- Bernama-Kyodo

Continue Reading

Previous: Pameran Ghibli Isao Takahata raih sambutan luar biasa di Paris
Next: Gangguan bekalan elektrik di San Francisco jejas 130,000 isi rumah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.