Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Merokok di kawasan larangan: Lima individu didenda ulang kesalahan
  • MAHKAMAH

Merokok di kawasan larangan: Lima individu didenda ulang kesalahan

Utusan Sarawak 2 hours ago
GAMBAR hiasan.

SIBU: Mahkamah Majistret Sibu hari ini menjatuhkan hukuman denda terhadap lima lelaki selepas masing-masing mengaku bersalah atas pertuduhan merokok di kawasan larangan yang telah diisytiharkan. 

Kesemua tertuduh didakwa di bawah Seksyen 16(1) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang dibaca bersama Peraturan 3(4) Peraturan-Peraturan Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam (Pengisytiharan Kawasan atau Tempat Larangan Merokok) 2024.

Dalam prosiding di hadapan Majistret Romario Jonoi, empat orang tertuduh (OKT 1 hingga OKT 4) yang tidak diwakili peguam telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM500 setiap seorang atau penjara dua minggu jika gagal bayar. Sementara itu, dalam prosiding berasingan di hadapan Majistret Oon Kork Chern, tertuduh kelima (OKT 5) dikenakan denda sebanyak RM450 atau penjara satu hari jika gagal bayar. 

Kesemua tertuduh dilaporkan telah menjelaskan bayaran denda masing-masing.

Fakta kes mendedahkan bahawa kesemua individu tersebut merupakan pesalah tegar yang melakukan kesalahan berulang (residivisme) dalam tempoh tahun yang sama. 

Siasatan yang dijalankan oleh Pegawai Penyiasat, Jesper Ronaldo Lucas dan Chieng Mee Tang, mengesahkan bahawa tindakan pentadbiran sebelum ini melalui pembayaran kompaun telah gagal memberi pengajaran kepada mereka. 

Malah, terdapat tertuduh yang dikesan mengulangi kesalahan yang sama dalam tempoh kurang dari sebulan serta melakukan kesalahan di lokasi tumpuan awam seperti Terminal Bas Sibu dan premis makanan.

Pendakwaan yang dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa dari Unit Inspektorat dan Perundangan Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Khoo Ai Yuan dan Andy Yet Yew Huat, memohon hukuman bersifat pencegahan (deterrent) atas alasan kedegilan melampau para tertuduh dalam mematuhi undang-undang. 

Pihak pendakwaan menegaskan bahawa sikap mengutamakan keselesaan peribadi berbanding mandat undang-undang telah mendedahkan orang awam kepada bahaya asap rokok basi di tempat-tempat larangan. 

Hukuman yang lebih berat ini diperlukan bagi mempertahankan integriti Akta 852 serta menjamin kesejahteraan dan kesihatan masyarakat secara keseluruhannya.

Oleh Akun Giman

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Inkues Zara Qairina: Trauma punca anak ambil masa kongsi cerita – Ibu saksi kanak-kanak
Next: Dua peniaga di Sibu didenda kerana jual rokok tanpa amaran kesihatan mandatori

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.