Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • MAHKAMAH
  • Menyamar sebagai pegawai polis, lelaki dipenjara 10 bulan
  • MAHKAMAH

Menyamar sebagai pegawai polis, lelaki dipenjara 10 bulan

Utusan Sarawak 5 hours ago
GAMBAR hiasan. Foto olahan AI

MIRI: Tindakan seorang lelaki tempatan menyamar sebagai pegawai polis dengan menggunakan gelaran “Inspektor Sheriff” membawa padah apabila dia dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Tertuduh berusia 53 tahun itu mengaku bersalah atas pertuduhan menyamar sebagai penjawat awam mengikut Seksyen 170 Kanun Keseksaan.

Lelaki terbabit didapati memasuki kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri tanpa kebenaran sebelum memperkenalkan dirinya sebagai seorang pegawai polis.

Hasil siasatan bagaimanapun mendapati tertuduh bukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan tidak mempunyai sebarang kuasa atau kelayakan sebagai pegawai polis.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, pihaknya memandang serius perbuatan menyamar sebagai penjawat awam serta menceroboh kawasan larangan kerana ia boleh menjejaskan keselamatan premis kerajaan dan ketenteraman awam.

“PDRM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang cuba menyalahgunakan identiti penjawat awam atau melakukan perbuatan yang boleh mengelirukan orang ramai,” katanya dalam satu kenyataan di laman sosial Facebook Polis Daerah Miri, hari ini.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menyalahgunakan identiti penjawat awam bagi mengelakkan tindakan tegas diambil mengikut peruntukan undang-undang yang berkuat kuasa.

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 170 Kanun Keseksaan, pesalah boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: mahkamah

Continue Reading

Previous: Ugutan bunuh ibu, lelaki dipenjara 18 bulan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.