Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Menundukkan hawa nafsu menuju redha Alllah SWT
  • RENCANA

Menundukkan hawa nafsu menuju redha Alllah SWT

Utusan Sarawak 1 day ago
ORANG ramai mengaminkan doa pada majlis Solat Hajat buat allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13, di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu semalam. Zara Qairina disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I, Kota Kinabalu, Sabah pada 17 Julai. Pelajar itu dibawa ke hospital berkenaan selepas ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang berhampiran asrama sebuah sekolah agama di Papar pada pagi 16 Julai. Foto BERNAMA

HAWA nafsu merupakan anugerah dari Allah SWT yang wujud dalam diri setiap manusia. Ia merupakan dorongan dan keinginan yang boleh membawa kepada kebaikan jika dikawal, atau mendorong kepada keburukan jika dibiarkan tanpa batas.

Menundukan hawa nafsu bukan bererti memadamkan segala keinginan, tetapi mengarahkannya agar selari dengan yang Allah SWT tetapkan.

Inilah antara jihad terbesar yang digariskan oleh Islam kerana musuh yang dihadapi bukanlah dari luar, tetapi dari dalam dirisendiri. 

Sebagaimana Allah SWT berfirman di dalam surah an-Naziat ayat 40-41 yang bermaksud: “Dan adapun orang-orang yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya.”

Ayat ini memberi jaminan bahawa kejayaan menahan hawa nafsu adalah jalan menunju syurga dan keredhaan Allah SWT.

Maka jelaslah, mengawal hawa nafsu bukan sekadar soal peribadi tetapi ia adalah bentuk ibadah yang mempunyai ganjaran besar di sisi Allah SWT. 

HAKIKAT DAN BAHAYA HAWA NAFSU 

Hawa nafsu dalam al-Quran sering dikaitkan dengan tiga keadaan jiwa.

Pertama, An-Nafs al-Ammarah bis-Su’, iaitu jiwa yang sentiasa mendorong kepada keburukan. Dalam surah Yusuf ayat 53, Nabi Yunus AS berkata, “Sesungguhnya nafsu itu sentiasa mendorong kepada kejahatan, kecuali yang diberi rahmat oleh Tuhanku.”

Kedua, An-Nafs al-Lawwāmah, iaitu jiwa yang menyesali dosa dan ingin kembali kepada kebaikan.

Ketiga, An-Nafs al-Muṭma’innah, iaitu jiwa yang tenang kerana tunduk sepenuhnya kepada Allah SWT. 

Bahaya hawa nafsu adalah ia mampu membutakan hati sehingga kebenaran terasa berat untuk diterima, manakala dosa kelihatan indah.

Rasulullah SAW mengingatkan dalam sebuah hadis riwayat Bukhari dan Muslim, “Bukanlah orang kuat itu yang dapat mengalahkan orang lain, tetapi orang kuat adalah yang dapat menguasai dirinya ketika marah.”

Marah adalah salah satu bentuk hawa nafsu yang jika tidak dikawal boleh membawa kepada kerosakan hubungan, pertelingkahan, bahkan pembunuhan.

Begitu juga cinta dunia yang berlebihan boleh membuat seseorang lalai daripada akhirat, keinginan terhadap maksiat seperti zina atau minum arak boleh merosakkan maruah, manakala sifat sombong dan riak pula menghapuskan pahala amal. 

Hawa nafsu ibarat api yang jika dikawal boleh memberi manfaat, namun jika dibiarkan, ia akan membakar seluruh kehidupan.

Sebab itu, menundukkannya adalah keperluan mendesak bagi setiap Muslim. 

LANGKAH MENUJU PENUNDUKAN HAWA NAFSU 
 

Menundukkan hawa nafsu memerlukan kesungguhan dan kesabaran yang tinggi. Ia bukan proses sehari dua, tetapi perjalanan seumur hidup.

Langkah pertama ialah menguatkan hubungan dengan Allah melalui ibadah. Solat, puasa, membaca al-Quran dan berzikir menjadi benteng yang menghalang diri daripada terjerumus ke dalam maksiat.

Rasulullah SAW pernah bersabda, “Wahai para pemuda, sesiapa di antara kamu yang mampu menikah, maka hendaklah dia menikah kerana ia lebih menundukkan pandangan dan lebih menjaga kemaluan. Dan sesiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa kerana puasa itu dapat mengekang syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim).

Puasa bukan sahaja menahan lapar dan dahaga, tetapi juga melatih diri mengawal keinginan.

Menundukkan nafsu juga memerlukan mujahadah, iaitu kesungguhan melawan dorongan jahat dalam diri.

Allah SWT berfirman dalam Surah Al-Ankabut ayat 69, “Dan orang-orang yang bersungguh-sungguh kerana (mencari keredhaan) Kami, pasti Kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah SWT bersama orang-orang yang berbuat kebaikan.” Mujahadah ini termasuk meninggalkan tabiat buruk sedikit demi sedikit, menggantikannya dengan amalan baik, dan sentiasa bertaubat apabila tergelincir.

Peranan Saidina Ali dalam pemerintahan khalifah sebelumnya

SAIDINA Ali dikurniakan Allah dengan keilmuan yang tinggi dan kebijaksanaan yang jelas kelihatan.

Di samping itu, beliau merupakan salah seorang kaum kerabat Rasulullah. Oleh yang demikian, ketiga-tiga orang Khulafa’ Ar Rasyidin sebelumnya telah meletakkan Saidina Ali dalam kedudukan yang cukup istimewa.

Saidina Ali diangkat oleh Saidina Abu Bakar sebagai orang yang penting dalam pemerintahannya.

Saidina Ali dilantik menjadi penasihat dalam pentadbiran Saidina Abu Bakar bersama-sama dengan Saidina Umar dan beberapa orang sahabat yang lain.

Selain itu, kepentingan Saidina Ali dalam pemerintahan Saidina Abu Bakar dapat dibuktikan dalam banyak kisah.

Sebagai contoh, Saidina Umar dan Saidina Ali berperanan dalam menetapkan gaji Saidina Abu Bakar.

Pada suatu hari, Saidina Umar dan Saidina Ali mahu menambahkan gaji Saidina Abu Bakar.

Lalu Saidina Abu Bakar naik di atas mimbar dan berucap di hadapan orang ramai.

Beliau berkata, “Wahai sekalian manusia, pada mulanya gaji aku adalah sebanyak dua ratus lima puluh dinar berserta dengan bahagian perut, kepala dan kaki kambing. Sekarang Umar dan Ali ingin memberiku tambahan (gaji), iaitu menjadi tiga ratus dinar dan satu ekor kambing, apakah kamu semua setuju?”. Orang ramai pun berkata, “Ya, kami semua setuju”

Semasa di zaman pemerintahan Saidina Umar pula, Saidina Ali terus dilantik sebagai penasihat utama Saidina Umar selain daripada beberapa orang sahabat-sahabat yang lain.

Saidina Umar menjemput Saidina Ali bagi mengadakan mesyuarat dalam setiap urusan, sama ada urusan besar mahupun kecil. Syibli An Nu’man dalam bukunya “Umar Yang Agung (Al Faruq)” menyatakan bahawa Saidina Umar tidak menetapkan keputusan-keputusan yang penting sebelum beliau mengadakan mesyuarat dengan Saidina Ali bin Abu Thalib terlebih dahulu.

Sebagai contoh, Saidina Umar mengajak Saidina Ali mengadakan mesyuarat ketika kaum Muslimin hendak membebaskan Baitul Maqdis dan wilayah Al Madain.

Begitu juga halnya ketika Saidina Umar hendak mengambil keputusan untuk memerangi kerajaan Parsi dan Rom.

Ini tidak terkecuali ketika Saidina Umar hendak menetapkan peristiwa hijrah sebagai permulaan kalender Islam, beliau turut mengundang Saidina Ali untuk bermesyuarat.

Ketika Saidina Umar pergi ke Baitul Maqdis, beliau melantik Saidina Ali bin Abu Thalib untuk menggantikan kedudukannya di Madinah.

Selain itu, Saidina Umar telah melantik Saidina Ali sebagai hakim di Madinah.

Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Mykad perantara bantuan kerajaan kepada rakyat dalam ekosistem digital negara
Next: Rahsia reda dalam derita

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.