Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Menuju 2026-Terokai Sibu satukan sukan, budaya dan inovasi digital untuk pelancongan inklusif
  • Tengah
  • WILAYAH

Menuju 2026-Terokai Sibu satukan sukan, budaya dan inovasi digital untuk pelancongan inklusif

Utusan Sarawak 8 hours ago
PERASMIAN…. Chiew menyempurnakan Program Menuju 2026-Terokai Sibu, Rasai Malaysia di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, malam tadi.

SIBU: Program Menuju 2026-Terokai Sibu, Rasai Malaysia bukan sekadar sebuah karnival, sebaliknya merupakan satu gerakan komuniti yang menyatukan elemen sukan, seni, budaya, hiburan serta inovasi digital bagi membentuk pengalaman pelancongan yang inklusif.

Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Chiew Choon Man berkata, dalam tempoh hampir dua minggu penganjurannya, pelbagai aktiviti menarik telah berjaya menghidupkan suasana bandar Sibu serta menarik kehadiran ramai pengunjung.

SEKITAR… Majlis Perasmian Program Menuju 2026-Terokai Sibu, Rasai Malaysia di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, malam tadi.

“Antara acara yang diadakan termasuk pertandingan bola keranjang, Ratu dan Raja Cilik, sambutan Krismas, kejohanan e-sukan, pertandingan mewarna sempena Tahun Melawat Malaysia 2026 dan pelbagai lagi,” katanya ketika berucap pada Program Menuju 2026-Terokai Sibu, Rasai Malaysia di Kompleks Sukan Komuniti Azman Hashim, Sibu Jaya, malam tadi.

Beliau berkata, pendekatan sedemikian membuktikan bahawa sektor pelancongan bukan hanya tertumpu kepada destinasi semata-mata, malah merangkumi pengalaman bermakna yang menghubungkan komuniti, kepelbagaian adat serta budaya.

“Pengalaman inilah yang memberikan kenangan manis dan kesan mendalam kepada setiap pelawat untuk dibawa pulang,” ujarnya.

Chiew berkata, Malaysia secara rasmi akan menyambut Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026) bermula hari ini dengan pelbagai acara sambutan khas diadakan di 55 pintu masuk dan hab pengangkutan utama negara bagi mengalu-alukan pelawat antarabangsa terawal.

“Sasaran kita jelas, iaitu menjadikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan bertaraf dunia yang lestari, kaya budaya, inklusif serta menawarkan pengalaman bernilai tinggi dengan harga berpatutan,” katanya.

Beliau menggesa warga Sibu agar terus menyokong serta menyertai program komuniti, selain menggalakkan penggiat industri pelancongan dan peniaga agar menitikberatkan aspek kebersihan serta layanan mesra kepada pelawat.

“Kepada anak muda Sibu pula, manfaatkan kreativiti dan kebolehan digital sebagai duta pelancongan digital kerana promosi melalui media sosial kini antara yang paling berkesan,” ujarnya.

Beliau turut mencadangkan agar kerjasama antara penganjur dan Tourism Malaysia diteruskan melalui pembangunan program pemasaran bersepadu serta pakej pelancongan baharu bagi memanjangkan tempoh tinggal pelawat di Sibu.

Katanya, dengan keunikan kepelbagaian etnik dan budaya, gastronomi, produk pelancongan kreatif serta pelancongan mesra keluarga, Sibu berpotensi menjadi antara destinasi utama dalam VM2026.

“Program Menuju 2026-Terokai Sibu, Rasai Malaysia boleh dijadikan model penganjuran acara seumpamanya di bandar lain,” katanya.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Chua Choon Hwa, Pengerusi Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS), Sempurai Petrus Ngelai serta yang lain.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Imbau kembali: Kampung Lereng Bukit, lokasi tragedi tanah runtuh berulang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.