Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Menu tradisional Bukit Saban bakal dipromosi melalui laman sesawang
  • Selatan
  • WILAYAH

Menu tradisional Bukit Saban bakal dipromosi melalui laman sesawang

Utusan Sarawak 7 hours ago
DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Pesta Makanan dan Sukaneka Bukit Saban di Rumah Panjang Mendit Unsu, Penom, Ulu Paku hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

SPAOH: Inisiatif untuk menyenaraikan menu makanan tradisional serta tempahan sajian komuniti Bukit Saban dalam sebuah laman sesawang dilihat mampu membuka ruang lebih luas kepada usahawan luar bandar mempromosikan kepakaran kulinari mereka kepada masyarakat.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, langkah tersebut juga berpotensi memperkenalkan pelbagai hidangan tradisional Bukit Saban kepada pasaran yang lebih besar.

Menurutnya, usaha itu penting bagi memastikan orang ramai mengetahui jenis makanan yang tersedia dari kawasan Bukit Saban.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Pesta Makanan dan Sukaneka Bukit Saban di Rumah Panjang Mendit Unsu, Penom, Ulu Paku hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Katanya, inisiatif berkenaan juga memudahkan orang ramai membuat rujukan sekiranya terdapat pertanyaan berkaitan menu serta bekalan makanan pada masa hadapan.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Pesta Makanan dan Sukaneka Bukit Saban di Rumah Panjang Mendit Unsu, Penom, Ulu Paku hari ini.

Dalam pada itu, beliau menyarankan setiap peserta yang mengambil bahagian dalam program tersebut mengemukakan laporan berkaitan jenis menu yang disediakan kepada Pusat Khidmat.

DATUK Amar Douglas Uggah Embas semasa merasmikan Pesta Makanan dan Sukaneka Bukit Saban di Rumah Panjang Mendit Unsu, Penom, Ulu Paku hari ini. Foto: Pejabat Timbalan Premier Sarawak

Menurutnya, laporan tersebut penting bagi tujuan rekod rasmi selain memudahkan pihak pusat khidmat mengenal pasti peserta sekiranya terdapat pertanyaan mengenai menu makanan pada masa hadapan.

“Menu-menu ini juga akan disenaraikan dalam laman sesawang supaya orang ramai tahu makanan apa yang boleh diperoleh dari Bukit Saban,” katanya.

Uggah turut memuji para peserta yang menampilkan kreativiti serta inovasi dalam penyediaan dan persembahan makanan.

Beliau berkata, ia membuktikan masyarakat luar bandar bukan sahaja mahir menyediakan hidangan tradisional, malah mampu mempersembahkannya dengan menarik dan menyelerakan.

Pada masa sama, beliau menggesa Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bukit Saban agar mengambil peluang menyertai Agrofest di Spaoh dengan membuka gerai pameran.

Katanya, penyertaan tersebut mampu mengetengahkan masakan serta produk makanan tempatan kepada pengunjung.

Menurut beliau, langkah itu juga dapat membantu menjana pendapatan tambahan kepada keluarga melalui penjualan produk makanan.

Turut hadir, Datin Amar Dato Doreen Mayang, Ahli Parlimen Betong, Dato Dr Richard Rapu, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Roseline Mapong Sabai serta beberapa pemimpin tempatan dan ketua masyarakat setempat.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kelab Permainan Tradisional Bukit Saban bakal ditubuhkan, terima geran RM30,000
Next: Pegawai daerah boleh mohon tambahan kouta JKKK

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.