Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Menteri Utiliti dan Telekomunikasi terima kunjungan hormat ADUN Lingga
  • SEMASA

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi terima kunjungan hormat ADUN Lingga

Utusan Sarawak 6 hours ago
Dato Sri Julaihi Narawi menerima kunjungan hormat daripada Dayang Noorazah Awang Sohor di pejabatnya, baru-baru ini. Foto: Julaihi Narawi

KUCHING: Menteri Utiliti dan Telekomunikasi (MUT), Dato Sri Julaihi Narawi menerima kunjungan hormat daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor di pejabatnya, baru-baru ini.

Menurut Julaihi, pertemuan tersebut memberi ruang untuk membincangkan usaha menambah baik kemudahan asas, khususnya bekalan air dan elektrik di kawasan Lingga yang menjadi keutamaan kerajaan negeri.

Beliau memaklumkan bahawa loji rawatan air baharu menggunakan sistem “acute system” di Lingga telah siap dibina dan kini membekalkan 1.0 Juta Liter Air Sehari (MLD) air terawat. 

Dengan tambahan ini, kapasiti bekalan air di kawasan tersebut meningkat kepada 1.6 MLD, berbanding hanya 0.6 MLD yang dihasilkan loji lama.

Selain itu, Julaihi turut menjelaskan bahawa keadaan bekalan elektrik di Lingga kini berada pada tahap yang lebih stabil hasil penambahbaikan berterusan yang dilaksanakan oleh agensi berkaitan.

Dalam perkembangan berkaitan, loji air di Maludam juga dilaporkan beroperasi dengan baik, sekali gus memastikan kelangsungan bekalan air di kawasan sekitar.

Julaihi menegaskan bahawa pihaknya akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan infrastruktur utiliti demi kesejahteraan rakyat, selaras dengan komitmen kerajaan negeri memperkukuh perkhidmatan asas di luar bandar.

Secara keseluruhan, kerajaan Sarawak komited meneruskan usaha menambah baik bekalan air dan elektrik melalui pelaksanaan Pelan Induk Bekalan Air dan sistem grid air yang sedang dilaksanakan di Bahagian Sri Aman.

Oleh Adi Safarman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir, hujan lebat landa beberapa negeri termasuk Sarawak
Next: PM Anwar diberi sambutan rasmi di Istana Negara Ethiopia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.