Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Menteri perdagangan Asia-Pasifik tegaskan kepentingan WTO pada mesyuarat di Korea Selatan
  • BISNES

Menteri perdagangan Asia-Pasifik tegaskan kepentingan WTO pada mesyuarat di Korea Selatan

Utusan Sarawak 22 hours ago
MENTERI Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mempengerusikan Kaukus Menteri APEC-ASEAN sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) kali ke-31 di Jeju, Korea Selatan. FOTO BERNAMA

ISTANBUL: Menteri perdagangan Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) pada Jumaat menyatakan kepentingan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di tengah-tengah ketidaktentuan perdagangan global.

“Kami mengiktiraf kepentingan WTO untuk memajukan isu perdagangan dan mengakui peraturan yang dipersetujui dalam WTO sebagai sebahagian penting daripada sistem perdagangan global,” kata menteri itu dalam satu kenyataan.

Negara-negara APEC turut menyedari bahawa WTO menghadapi cabaran dan memerlukan pembaharuan yang bermakna, perlu serta menyeluruh untuk memperbaiki semua fungsinya melalui pendekatan inovatif, agar lebih relevan dan responsif dengan realiti masa kini, menurut kenyataan itu.

Mesyuarat Menteri-Menteri Bertanggungjawab Mengenai Perdagangan (MRT) APEC telah diadakan selama dua hari di Pulau Jeju, Korea Selatan dan berakhir pada Jumaat dengan dihadiri Ketua Pengarah WTO Ngozi Okonjo-Iweala.

Kenyataan itu turut menyentuh mengenai transformasi digital ekonomi serta kepentingan kecerdasan buatan (AI).

“Kami mengiktiraf potensi AI untuk membentuk semula landskap perdagangan antarabangsa secara asas,” katanya.

Ahli-ahli APEC turut mengambil maklum mengenai “cabaran merentas sektor” yang dihadapi rantaian bekalan global dan menyatakan sokongan terhadap “usaha memastikan isu rantaian bekalan terus dibincangkan dalam APEC bagi meningkatkan daya tahan rantaian bekalan untuk pertumbuhan ekonomi mampan di seluruh rantau APEC.”

Acara bertemakan “Membina Masa Depan Mampan: Ketersambungan, Berinovasi, Maju” itu menghimpunkan wakil daripada kesemua 21 anggota APEC.– Bernama-Anadolu

Continue Reading

Previous: CFO Bursa Malaysia Bhd Rosidah Baharom letak jawatan
Next: Bursa Malaysia dijangka diniagakan tidak menentu minggu depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.