Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Menteri letak jawatan, protes terus memuncak
  • GLOBAL

Menteri letak jawatan, protes terus memuncak

Utusan Sarawak 5 years ago
TIDAK PUAS HATI… Penunjuk perasaan yang menyalahkan kerajaan kerana cuai sehingga berlakunya letupan besar di pelabuhan Beirut Selasa lalu bertempur dengan pihak keselamatan di pusat bandar raya Beirut, Lubnan. • Foto AFP

BEIRUT: Golongan elit po- litik Lubnan terus berdepan tekanan pelbagai pihak su- sulan insiden letupan yang disebabkan kecuaian se- hingga menyaksikan dua menterinya meletak jawa-tan sementara penunjuk pe- rasaan yang berang bertempur dengan pasukan keselamatan.

Ketika harapan semakin pudar untuk menemui mangsa terselamat dalam letupan Selasa lalu, media sosial di negara itu terus dibanjiri dengan ‘posting’ kemarahan, selepas semalaman menyaksikan kumpulan penunjuk perasaan menyerang beberapa pejabat kementerian di bandar raya ini.

Satu gambar viral dalam talian menunjukkan kehancuran kota pelabuhan itu, dengan satu tembok tertulis mesej yang dilukis dengan semburan: ‘Kerajaan saya yang melakukan ini’.

Biarpun belum diketahui punca yang menyebabkan simpanan ammonia nitrat itu terbakar sehingga meletuskan letupan besar, penunjuk perasaan mengatakan tragedi itu tidak mungkin terjadi tanpa adanya rasuah dan ketidakcekapan pihak pe- merintah Lubnan.

“Mereka yang meninggal dunia disebabkan negara initidak menghiraukan sesuatu kecuali kuasa dan wang,” kata penunjuk perasaan, Ta- mara, 23, rakan kepada Ra- wan, 20, yang terbunuh da- lam letupan itu.

“Tidak cukup dengan itu, menteri mesti meletak ja- watan. Mereka yang meletakkan bahan letupan di sana mesti dipertanggungjawabkan. Kami mahu mahkamah antarabangsa memberitahu kami siapa yang membunuh (Rawan),” katanya.

Letupan di pelabuhan Beirut mengorbankan sekurang-kurangnya 158 orang dan mencederakan lebih 6,000 mangsa.Penyelidik hak asasi manusia Lubnan, Aya Majzoub memaklumkan beberapa pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata dan peluru getah ke arah penunjuk perasaan.

“Daripada mengerahkan tentera untuk membantu pen- duduk membersihkan runtuhan, pihak berkuasa Lubnan memilih untuk mengerahkan mereka dan pasukan keama- nan lain untuk menentang penunjuk perasaan” katanya.

Sementara itu, Menteri Penerangan, Manal Abdel Samad dan Menteri Alam Sekitar, Damianos Kattar, meletak jawatan sekali gus menjejaskan kredibiliti pentadbiran pimpinan Perdana Menteri, Hassan Diab.

Kattar yang menganggap letupan itu sebagai ‘malape- taka sangat besar’ juga berkata, dia sudah hilang harapan dengan kerajaan.

Beberapa Ahli Parlimen juga turut meletak jawatan dan media tempatan mela- porkan, Diab mungkin membuat keputusan untuk mengumumkan peletakan jawa- tan seluruh barisan Kabinetnya. – AFP

Continue Reading

Previous: Havana laksana perintah berkurung
Next: 11 TERKORBAN, pusat rawatan Covid-19 terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.