MENJASADKAN ROH KARYA
DALAM kebanyakan makalah,sering diperkatakan serta ditegaskan bahawa untuk menjadi penulis menuntut pemilikan sikap ketelitian, ketekunan,kepekaan, keluasan capaian serta ketajaman minda,di samping penguasaan bahasa yang baik. Tuntutan yang sedemikian,bagi kebanyakan penulis yang baru mahu berjinak-jinak dalam alam penulisan, pasti menerbitkan rasa gerun atau gentar,lantas memadam semarak oja untuk menghasilkan karya. Namun,hakikat ini wajar difahami,di samping berusaha menggilap bakat penulisan. Apa-apa jugagenre penulisan, semuanya menuntut
daya taakul yang tajam.
Dalam erti kata yang lain, mampumembaca serta mentafsir bukan sahaja apa-apa yang tersurat, malah segala bentuk yang tersirat. Wajar dimengerti sedalam-dalamnya, tujuan menghasilkan karya bukan sekadar sebagai wadah peluahan emosi yang ‘tersentuh’ atau ‘tergugat’ oleh sesuatu peristiwa, mahupun titipan kisah yang peribadi sifatnya,akan tetapi turut menyelitkan unsur pengajaran bagi mengubah corak pemikiran khalayak pembaca ke suatu titik penerapan
nilai-nilai murni dalam kehidupan.
Menulis bukan untuk menagih simpati daripada pengalamanpengalaman duka yang dialami,pun bukan untuk mempersendakan sesuatu perbuatan yang tidak wajar. Memang tidak ada salahnya. Namun, jika hal sedemikian
itu boleh mencetuskan polemik berpanjangan sehingga menimbulkan perbalahan serta persengketaan, hala tuju atau
matlamat berkarya tergelincir daripada landasan asalnya.
Tulislah apa-apa perkara berlaraskan pandangan, pemerhatian serta penaakulan tentang rencah kehidupan yang berlaku di sekeliling kita. Namun, usah lupa untuk menyelitkan nilai pengajaran mahupun teladan.Hal yang sedemikian itulah yang berupa antara nilai yang disebut-sebut sebagai unsur estetika dalam pengkaryaan. Estetika yang tercetus bukan sahaja daripada keupayaan serta kebijaksanaan pengkarya ‘menyulam’kata-kata menjadi ‘ambal pengisahan’, akan tetapi juga dari segi keberhemahan menitip ‘pesanan’ dan ‘teguran’ secara halus sehingga mampu meresap
dalam nubari pembaca.
Dalam erti kata lain, ‘menjasadkan roh karya’ atau dalam bahasa Inggerisnya,the embodiment of the whole text.Dalam ruangan ini pada siaran minggu lalu, telah disiarkan tiga buah sajak, iaitu “Atma Ini Berbisik”karya Osman Zaini, “Manusia Biasa” nukilan Asyraff Jamin dan “Aku dan Teman” hasil titipan minda Aileen Claire Anak Vincent.
Antara ketiga-tiga penulis ini, dua daripadanya bukanlah nama baharu dalam dunia penulisan, khususnya penulisan sajak. Malah, karya mereka sering tersiar, sama ada dalam akhbar,mahupun di media-media sosial.
Mereka yang dimaksudkan ialah Osman Zaini dan Asyraff Jamin. Lantaran hal yang sedemikian, hadir keterujaan untuk membicarakan hasil sajak yang mereka nukilkan bagi melihat penyerlahan sisi-sisi tertentu yang mereka ketengahkan. Namun, muluk sekiranya dibicarakan terlebih dahulu sajak nukilan Aileen Claire, iaitu “Aku dan Teman”.Sepintas lalu, sajak “Aku dan Teman”membicarakan tentang situasi ‘penyendirian’ pengkaryanya disebabkan ketidaksudian
insan-insan sekeliling dan dalam konteks sajak ini, rakan sebaya,untuk menjalinkan hubungan sebagai teman disebabkan wujudnya ketidakfahaman mereka terhadap sikap atau pendiriannya.
Situasi yang lazim dalam kalangan golongan remaja, khususnya dalam persempadanan persekolahan atau pengajian tinggi. Mesej yang ingin disampaikan secara tersirat adalah dalam proses penilaian terhadap seseorang individu secara umumnya,faktor luaran atau ekstrinsik tidak sewajarnya dijadikan kayu
pengukur bagi menentukan budi pekertinya ibarat kata pepatah,usah dinilai kandungan sesebuah buku daripada paparan kulitnya (don’t judge a book by its cover).Namun, penyiratan mesej tersebut ditabiri oleh ketidaktelitian
Aileen membina kerangka sajaknya, di samping pertautan teks dan interteks yang masih longgar. Selain daripada itu, turut terkesan kelemahan dari segi pemilihan diksi untuk membentuk bait-bait yang ‘sempurna’ dari segi pemaknaannya. Kelemahan ini wajar diberikan perhatian yang khusus. Namun demikian, tidak bermakna sajak yang dihasilkan tidak dapat dimurnikan untuk menyerlahkan keindahan serta kepersisannya.
Dengan melakukan beberapa pemurnian,sajak berkenaan mampu ditransformasikan menjadi sebuah sajak yang baik dan mengesankan.Contoh pemilihan diksi yang kurang sesuai adalah seperti ‘bermain dengan dunia’, ‘senang hati dikejar masalah’, ‘malapetaka menyapa mesra’, ‘lidah ini tidak layak berkata-kata’, dan ‘aku gembira diriku tidak siuman’. Ungkapan-ungkapan sedemikian,dari segi logiknya, kurang bertepatan dan malah tidak ‘masuk akal’. Aileen perlu mencari ungkapan-ungkapan lain yang lebih persis dan logikal sifatnya.
Sekadar cadangan untuk pemurnian,rangkap pertama sajak ini boleh diubah menjadi sebegini; Di pentas dunia
akulah peran dukaberdandan ceria pertonton lelucon pura. Daripada situ, binalah interteks selanjutnya untuk melengkapkan teks yang telah diasaskan. Beranjak kepada sajak “Manusia Biasa” karya Asyraff Jamin. Pengkaryanya memerihalkan tentang kekerdilan diri sebagai manusia biasa yang tidak sempurna dan tidak lari daripada melakukan kekhilafan serta salah laku (dosa). Kesedaran akan hakikat sedemikian membuat pengkarya memohon petunjuk,
hidayah serta perlindungan daripada Yang Maha Esa, di samping meletakkan harapan agar pada akhir hayat, ‘dikembalikan’dalam husnul khatimah.
Sekali imbas, sajak ini berbentuk ‘doa’ kepada Yang Maha Berkuasa.Pengakuan akan kelemahan diri sebagai insan yang tidak memiliki kelebihan seperti yang dikurniakan kepada para nabi. Pengkarya menitipkan mesej yang bersifat universal untuk menyedarkan khalayak pembaca agar terterap keinsafan dalam nubari.
Oleh MOHIDIN MALEK