Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Mengimbau Kamakura, lokasi penggambaran Can This Love Be Translated?
  • HIBURAN

Mengimbau Kamakura, lokasi penggambaran Can This Love Be Translated?

Utusan Sarawak 5 hours ago
DRAMA siri popular Korea ‘Can This Love Be Translated?.

KUALA LUMPUR: Menonton episod pertama drama Korea ‘Can This Love Be Translated?’ yang berlatarkan Kamakura, Jepun membawa penulis mengimbau kenangan lawatan solo ke bandar pesisir ini pada Oktober tahun lalu. 

Seperti dipaparkan dalam drama itu, daripada dalam gerabak tren klasik, penulis dapat menikmati pemandangan dan suasana tenang termasuk keindahan pesisir laut, keunikan rumah tradisional serta kehijauan alam yang jauh berbeza berbanding kesibukan Tokyo walaupun terletak hanya kira-kira sejam perjalanan dari metropolis itu.

SENI bina klasik di Stesen Gokurakuji hingga lintasan tren Enoden, lokasi terletak di prefektur (wilayah) Kanagawa.

Dari pemandangan laut biru di Pulau Enoshima, seni bina klasik di Stesen Gokurakuji hingga lintasan tren Enoden, lokasi terletak di prefektur (wilayah) Kanagawa ini bukan sahaja memaparkan keindahan alam, malah membawa pengunjung kembali menjejaki zaman klasik negara matahari terbit itu. 

Mengimbau pengalaman itu, penulis berpeluang menikmati lawatan sehari di Kamakura dan kawasan sekitarnya boleh menaiki tren Enoden dari aliran Odakyu Line menggunakan Enoshima-Kamakura Free Pass dengan bayaran 1,640 yen (sekitar RM52–53).

STESEN paling popular ialah Hase, Kamakurakokomae dan Enoshima, kerana pengunjung boleh menikmati pemandangan laut, pantai dan lintasan tren klasik Jepun yang cantik.

“Terdapat 15 stesen sepanjang laluan Enoden dari Fujisawa ke Enoshima, dan pengunjung boleh turun dan naik semula di mana-mana stesen tanpa had sepanjang hari. 

“Antara stesen yang paling popular ialah Hase, Kamakurakokomae dan Enoshima, kerana di situ pengunjung boleh menikmati pemandangan laut, pantai dan lintasan tren klasik Jepun yang cantik,”  jelas penjual tiket di kaunter terletak di stesen Shinjuku yang berintegrasi dengan laluan itu.  

Enggan membuang masa, penulis berhenti di stesen keenam iaitu Enoshima, yang menyajikan pemandangan laut biru dan panorama 360 darjah dari Lilin Laut (Menara Pemerhati Rumah Api Enoshima) secara 360 darjah, menikmati pantai, melawat kuil dan gua selain mencuba ais krim matcha. 

Di pulau inilah menjadi lokasi paling banyak dipaparkan dalam babak drama lakonan Kim Seon Ho dan Go Youn Jung itu, termasuk babak kedua-dua watak utama berinteraksi sambil berlatarbelakangkan laut yang terbentang luas.

SALAH satu babak dalam drama Can This Love Be Translated?.

Lawatan ke Kamakura tentunya tidak lengkap tanpa singgah di Stesen Kamakurakokomae, lokasi ikonik yang menjadi inspirasi latar anime terkenal Slam Dunk.

Melihat pemadangan itu secara langsung, penulis seolah-olah berada dalam adegan pembukaan anime berkenaan, melihat tren klasik Jepun melintas berlatarkan laut, pantai dan langit biru.

Bagaimanapun, dek populariti lokasi itu, beberapa pegawai keselamatan ditempatkan bagi memastikan pengunjung tidak bergambar di tengah jalan atau berhampiran trek ketika kereta api melintas. 

“Tolong bergambar hanya di tempat letak kereta sahaja (merujuk kawasan khas berdekatan sebagai had kawasan),” tegas pengawal bertugas sambil turut memegang papan tanda bertulis arahan sama dalam pelbagai bahasa.

 Stesen Hase pula menjadi tumpuan ramai kerana berhampiran dengan Kotoku-in (Great Buddha / Daibutsu) dan Hase-dera Temple, di mana pengunjung boleh berjalan bersiar-siar di taman menghijau sambil menikmati pemandangan laut dari atas bukit dalam suasana yang damai. 

Tidak jauh dari situ, stesen Kamakura pula menawarkan kemudahan membeli-belah di Komachi-dori, jalan yang terkenal dengan kafe, kedai cenderamata dan manisan tempatan. 

Dari sini juga mudah untuk melawat Tsurugaoka Hachimangū Shrine, satu daripada tokong Shinto terbesar di Kamakura, yang dikelilingi taman luas dan laluan bersejarah, selain stesen akhir Enoshima yang terkenal dengan penjualan ais krim dan minuman matcha. 

Dalam perjalanan pulang ke Tokyo, penulis sempat singgah sekali lagi di Stesen Kamakurakokomae untuk menikmati pemandangan matahari terbenam sekitar 4.30 petang sekali gus menjadi satu penutup sempurna bagi lawatan singkat ke bandar pesisir yang sarat dengan ketenangan dan nostalgia. – Bernama

Tags: Hiburan

Continue Reading

Previous: Elly Mazlein tenang jalani penghijrahan, percaya rezeki kembali hadir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.