Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • ‘Mengapa saya tolak tawaran RM1.15 bilion dari Arab Saudi’ – Fernandes
  • SUKAN

‘Mengapa saya tolak tawaran RM1.15 bilion dari Arab Saudi’ – Fernandes

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Bruno Fernandes. Foto AFP

MUNICH: Bruno Fernandes mengesahkan dia menolak tawaran lumayan dari Arab Saudi untuk kekal bersama Manchester United, sambil menyatakan hasratnya untuk “terus bermain di tahap tertinggi.”

Bercakap kepada media menjelang aksi separuh akhir Liga Negara-Negara menentang Jerman di Munich awal pagi esok, Fernandes mengesahkan dia menerima “tawaran menarik” daripada kelab Al-Hilal tetapi memilih untuk menjadi sebahagian daripada proses pembentukan semula pasukan kendalian Ruben Amorim di Old Trafford.

Laporan menyebut Al-Hilal sanggup membayar sehingga £100 juta (RM574 juta) kepada United selain kontrak tiga tahun bernilai £200 juta (RM1.15 bilion) kepada pemain antarabangsa Portugal berusia 30 tahun itu.

“Presiden Al-Hilal menghubungi saya dan bertanya sama ada saya mahu berpindah ke sana,” kata Fernandes, sambil menambah kelab itu “menunggu saya membuat keputusan mengenai masa depan saya.”

“Saya bercakap dengan pengurus dan beliau meminta saya supaya tidak pergi,” kata Fernandes dan menambah: “Manchester United juga berkata mereka tidak mahu menjual saya.

“Mereka berkata jika saya mahu pergi boleh, tetapi mereka tidak perlukan wang itu.”

Dia mengakui perpindahan itu akan menjadi sesuatu yang “mudah” kerana sudah ramai pemain Portugal berada di Arab Saudi termasuk Cristiano Ronaldo, Joao Cancelo dan Ruben Neves, tetapi dia berkata: “Saya mahu bermain di tahap setinggi mungkin.

“Saya mahu bermain dalam kejohanan besar. Saya tahu saya masih mampu dan saya mahu bergembira melakukan perkara yang paling saya cintai.

“Sama ada baik atau buruk, inilah cara saya melihat bola sepak. Saya bersemangat mengenai bola sepak dan inilah keputusan yang saya buat.”

United mengalami musim terburuk dalam era Liga Perdana Inggeris, menamatkan saingan di tangga ke-15. 

Mereka juga tewas pada final Liga Europa di tangan Tottenham.

Kapten United itu antara segelintir pemain yang masih mendapat pujian di sebalik musim yang penuh malapetaka, apabila menjaringkan 19 gol dan mencipta 19 bantuan jaringan dalam semua pertandingan.

United dijangka aktif dalam pasaran perpindahan kali ini apabila Amorim berusaha menyusun semula skuad yang kurang berbisa.

Kelab itu sudah menandatangani penyerang Brazil, Matheus Cunha dari Wolves dan kini dikaitkan kuat dengan penyerang Brentford, Bryan Mbeumo.

Beberapa pemain dijangka akan meninggalkan kelab itu termasuk Jadon Sancho, Marcus Rashford, Antony dan Alejandro Garnacho.

Fernandes membuat 290 penampilan dan menjaringkan 98 gol untuk United sejak perpindahannya bernilai £47 juta (RM269 juta) dari Sporting Lisbon pada Januari 2020. – AFP

Continue Reading

Previous: Pertembungan beregu negara di pusingan kedua terbuka Indonesia
Next: Sivasangari mara ke suku akhir terbuka British

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.