Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Mendiang Tan Sri Sir Tiong Hiew King selamat disemadikan
  • SEMASA

Mendiang Tan Sri Sir Tiong Hiew King selamat disemadikan

Utusan Sarawak 7 hours ago
UPACARA sembahyang terakhir jasad mendiang Tan Sri Sir Tiong Hiew King di Gereja Xin Fu Yuan Methodist.

SIBU: Jasad Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Rimbunan, mendiang Tan Sri Sir Tiong Hiew King selamat dikebumikan di Tiong’s Memorial Park di Jalan Teku, kira-kira 12.30 tengah hari tadi.

Seawal 6.00 pagi, kediaman taikun balak dan media di Jalan Brooke Drive telah itu dipenuhi kira-kira 1,000 orang termasuk pengamal media, keluarga terdekat, rakan perniagaan dan kenalan rapat mendiang.

Keranda yang menempatkan jasad mendiang dibawa masuk ke dalam kenderaan jenazah kira-kira 7.48 pagi diiringi beberapa kenderaan lain diarak melintasi RH Hotel di bandar ini, sebelum membuat hentian di Gereja Xin Fu Yuan Methodist bagi upacara sembahyang terakhir.

: KENDERAAN membawa jasad mendiang Tan Sri Sir Tiong Hiew King dengan diiringi beberapa kenderaan lain diarak melintasi RH Hotel di tengah bandar ini, sebelum membuat hentian di Gereja Xin Fu Yuan Methodist bagi upacara sembahyang terakhir.

Perarakan membawa jenazah itu diteruskan melintasi bangunan Menara Rimbunan Hijau di Jalan Lanang sebelum diteruskan ke Tiong’s Memorial Park di Jalan Teku di sini bagi upacara pengebumian.

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada usia 95 tahun, 11.00 pagi dan meninggalkan seorang balu, Ngu Yii Chuo, serta lima orang anak. 

: SUASANA HIBA… Jasad mendiang Tan Sri Sir Tiong Hiew King diusung masuk ke dalam kenderaan jenazah.

Anak sulungnya ialah Tiong Chiong Ong, manakala anak-anak perempuannya ialah Datuk Tiong Ing, Tiong Ching, Tiong Chiew dan Tiong Choon. 

Seorang lagi anak lelaki, Tiong Chiong Hoo, meninggal dunia pada 2020.

Mendiang Tiong dilahirkan di sini pada 1935 dan menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Chung Cheng di Sibu, seterusnya di Sekolah Menengah Methodist dan Sekolah Menengah Sacred Heart.

Oleh Akun Giman

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: MAHB giat tangani kebocoran di Terminal 1 KLIA
Next: PRN Sabah: DUN Tulid saksi saingan 14 penjuru, paling sengit setakat ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.