Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • HIBURAN
  • Mencecah usia 79 tahun Ruminah Sidek masih aktif berlakon
  • HIBURAN

Mencecah usia 79 tahun Ruminah Sidek masih aktif berlakon

Utusan Sarawak 17 hours ago

ARTIS Ruminah Sidek ketika sesi perkongsian pengalaman dan inspirasi pada Program Tribute: Penghargaan Tokoh-Tokoh Perfileman Veteran Negara sempena Festival Filem Malaysia ke-34 di Finas baru-baru ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Sudah lebih enam dekad mengabdikan diri dalam dunia seni, namun seniwati Ruminah Sidek atau Mak Mah kekal menjadi pilihan penerbit dan pengarah tatkala ramai rakan seangkatan kian terpinggir apabila watak  warga emas lebih sering  digalas pelakon muda. 

Menghampiri usia 79 tahun Disember ini, ibu kepada pengarah dan pelakon Adlin Aman Ramlie ini bukan sahaja masih sihat dan bertenaga, pesona Ruminah dalam layar seni tampaknya masih lagi berbisa, menjadikan beliau antara nama paling lama bertahan dalam industri.

Bersyukur kerana masih diberi kepercayaan untuk terus mewarnai dunia seni lakonan negara, anak kelahiran Klang, Selangor ini mengakui dirinya tidak cerewet memilih watak dan jalan cerita, sebaliknya, bersedia serta terbuka menerma apa sahaja karakter asalkan bersesuaian dengan usianya. 

“Alhamdulillah, dari dulu sampai sekarang ada saja tawaran. Malaysia ni bukan besar sangat, pelakon perempuan tua pun tak ramai, jadi kalau orang nak saya, saya terima dengan syukur.Saya ini apa sahaja watak pun boleh.

“Cerita hantu pun boleh, asalkan sesuai dengan jalan cerita dan ada mesej yang baik. Itu yang saya suka,” katanya pada Sesi Apresiasi Tokoh Perfileman dalam program Tribute: Penghargaan kepada Tokoh-tokoh Perfileman Veteran Negara bersempena dengan Festival Filem Malaysia ke-34 (FFM34), baru-baru ini.

Program anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) itu turut disertai pengarah tersohor Othman Hafsham dan pengacara Ahmad Fedtri Yahya selaku moderator.

Mengulas rahsia kekal bertenaga, Ruminah yang aktif di layar perak sejak 1965 dan membintangi lebih 60 filem antaranya Anak Bapak, Gerimis, Paku Pontianak, Kolumpo, berkata kekuatannya datang daripada doa, selawat dan solat yang tidak pernah ditinggalkan. .

“Selawat itu pakaian kita. Jangan tinggal. Kalau kita sayang Allah, Allah lagi sayang kita. Dalam hidup, agama kena nombor satu,” katanya yang menganggap kerja seni juga satu bentuk ibadah.

Bintang yang dilahirkan melalui filem arahan seniman agung Tan Sri P. Ramlee itu turut meluahkan rasa syukur kerana tidak pernah berdepan masalah bayaran rendah seperti yang sering menjadi isu dalam kalangan rakan seangkatannya.

“Alhamdulillah, harga sekarang semakin baik, semakin bagus. Setakat ini tak pernah jumpa orang yang bayar tak setimpal. Rezeki itu Allah yang bagi, saya terima apa yang ditetapkan dengan hati terbuka,” katanya.

Dikenali dengan lakonan bersahaja dan berkarisma, seniwati ini turut menitipkan pesanan kepada pelakon muda agar tidak mensia-siakan kelebihan yang dimiliki seperti kecantikan dan populariti, sebaliknya menumpukan perhatian pada mutu lakonan.

“Kalau kamu dah cantik dan terkenal, gunakan peluang itu untuk kebaikan. Tapi jangan lupa berlakon pun kena ada jiwa. Jangan harapkan orang lain buat kerja kamu untuk jadi bagus. Rezeki dan kebolehan kita lain-lain,” katanya.- Bernama

Continue Reading

Previous: Bekas gitaris KISS, Ace Frehley meninggal dunia
Next: “This Is UNIC: Live In Concert”  di Idea Live Arena, Disember ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.