Mencari damai di Sungai Paong

Facebook
X
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BERKHEMAH di hutan rimba boleh mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan.

Setiap hujung minggu, ramai yang akan mencari  tempat menarik bersantai bersama keluarga. Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan sesama keluarga tetapi juga mendekatkan diri dengan alam semesta bagi mencari kedamaian.

Selain  tempat menarik untuk dilawati, tempat yang dipilih juga perlu mempunyai kemudahan penginapan, terutama jika membawa anak-anak kecil bersama.

Namun bagi pengembara solo, mereka boleh singgah atau tidur di mana-mana asalkan selamat dan selesa.

Bagi ahli perniagaan Suling Njok, 52, serta keluarga dan rakan-rakannya, baru-baru ini merfeka memilih Sungai Paong di  Long Apu Ulu Baram sebagai destinasi percutian hujung minggu.

Sungai Paong terletak di Ulu Baram kira-kira empat atau lima jam perjalanan menggunakan pacuan empat roda melalui jalan balak.  Jadi boleh dibayangkan bagaimana lasak dan menariknya pengalaman untuk sampai ke lokasi ini.

Menurut Suling, Sungai Paong amat tenang, indah dan  mendamaikan, dikelilingi landskap tropika dengan flora fauna hijau serta sungai yang menawarkan muzik lembut alam untuk  menenangkan fikiran setiap pengunjung.

Bagi Suling,  Sungai Paong tempat yang sesuai untuk merehatkan  minda buat warga bandar.  Memang seronok  apabila sesekali dapat lari dari kesibukan urusan kerja dan dapat menghabiskan masa senggang di kawasan kampung.

Bukan setakat dapat menatap kehijauan alam tetapi berpeluang juga untuk mandi manda di sungai yang jernih airnya, memancing atau menjala ikan.

Selain itu Sungai Paong yang jernih, cetek sangat sesuai untuk aktiviti berenang terutama bagi anak-anak kecil.

Katanya mereka memilih tempat ini sebagai aktiviti “Family Camping” hujung minggu dengan memasang khemah sendiri untuk tiga hari dua malam.

Aktiviti berkhemah antara hobi rekreasi yang sangat menyeronokkan apatah lagi bersama keluarga dan rakan-rakan.

Berkhamah di hutan rimba dapat mengeratkan lagi ikatan kekeluargaan dan memberi ketenangan mental dan fizikal, selain memupuk kesedaran untuk menghargai keindahan alam semula jadi.

Tambah Suling, berkhemah di hutan rimba berhampiran sungai boleh dijadikan sebagai aktiviti terapi yang boleh menghilangkan tekanan.

Jika ingin melakukan perkhemahan di hutan dan kawasan yang mencabar, pilihlah tempat yang selamat yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta menepati cita rasa pencinta alam semula jadi.

Bagi warga bandar yang mempunyai masa senggang untuk diisi dengan aktiviti menarik di kawasan semula jadi ini, apa kata kali ini anda ambil peluang dengan menghabiskan masa hujung minggu anda bersama keluaraga atau rakan-rakan ke kawasan yang boleh menenangkan fikiran sambil bersantai, melakukan aktiviti memancing dan menjala ikan.

Ujar Suling,  Sungai Paong pemandangan yang cantik, suasana yang dihiasi dengan kicauaun burung serta kerjernihan air dingin yang memikat hati yang bakal anda nikmati.

Namun tambahnya jika ingin ke Sungai Paong untuk bersantai, mandi manda anda perlu minta kebenaran daripada pemiliknya.

Oleh JIKU JUGUONG

Belajar bersabar, jangan rasa tercabar

BELAJAR bersabar, jangan rasa tercabar adalah satu nasihat yang sangat mendalam. Jika diteliti dengan terperinci, sabar adalah kekuatan dalaman dan

Islam mengangkat martabat pekerja

DALAM Islam, pekerjaan bukan sekadar cara untuk memperoleh rezeki, malah ia merupakan satu bentuk ibadah yang mulia jika dilakukan dengan

Marvel kembali gegarkan Comic-Con

SAN DIEGO: Peminat komik dari seluruh dunia kembali berhimpun di San Diego, California, hari ini bagi menghadiri edisi terbaharu persidangan