Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Menara Taming Sari rekod hampir 9.8 juta pengunjung sejak 2008
  • SEMASA

Menara Taming Sari rekod hampir 9.8 juta pengunjung sejak 2008

Utusan Sarawak 5 hours ago
PRODUK pelancongan ikonik negeri Melaka, Menara Taming Sari yang terletak di Banda Hilir di sini telah merekodkan hampir 9.8 juta pengunjung sejak beroperasi pada 2008, ketika temu bual Bernama, hari ini. Foto Bernama

MELAKA: Produk pelancongan ikonik Melaka, Menara Taming Sari yang terletak di Banda Hilir di sini merekodkan hampir 9.8 juta pengunjung sejak beroperasi pada 2008.

Ketua Pegawai Eksekutif Melaka Taming Sari Berhad (MTSB) Nur Azan Hassan berkata sempena Tahun Melawat Melaka 2.0 (TMM2.0) dan Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026), pihaknya menyasarkan sebanyak 600,000 pengunjung menaiki menara setinggi 110 meter itu.

“Pada 18 April tahun ini, Menara Taming Sari akan menyambut ulang tahun ke-18, sekali gus kami ingin meraikan pengunjung ke 10 juta yang menaiki menara ini sebagai tanda penghargaan kepada mereka.

“Selain itu, pelbagai pengisian atau aktiviti seperti cabutan bertuah dengan tawaran hadiah menarik kepada pengunjung sempena sambutan ulang tahun berkenaan,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

PRODUK pelancongan ikonik negeri Melaka, Menara Taming Sari yang terletak di Banda Hilir di sini telah merekodkan hampir 9.8 juta pengunjung sejak beroperasi pada 2008, ketika temu bual Bernama, hari ini. Foto Bernama

Beliau berkata bagi menarik kedatangan pengunjung menaiki menara berkenaan, MTSB juga bekerjasama dengan Bahagian Promosi Pelancongan Melaka (Tourism Melaka) dengan menawarkan diskaun sebanyak 10 peratus menerusi inisiatif Melaka Tourism Passport sempena TMM2.0 dan TMM2026. 

Beliau berkata pasport berkenaan boleh dibeli di Menara Taming Sari pada harga RM5 dan pengunjung juga boleh mendapat pelbagai tawaran harga menarik untuk masuk ke pelbagai destinasi pelancongan di negeri berkenaan.

Dalam pada itu, Nur Azan berkata Menara Taming Sari akan menjalani penyelenggaraan berkala setiap tahun bagi memastikan aspek keselamatan dan keselesaan pengunjung sepanjang berada dalam dek menara itu, yang berputar 360 darjah untuk menyaksikan pemandangan di sekitar Bandar Melaka.

Beliau berkata kerja-kerja penyelenggaraan itu membabitkan sistem penyaman udara serta sistem tali dawai pada tiang menara itu yang berfungsi menggerakkan dek yang menempatkan pengunjung dan pelancong.

“Bagi kerja-kerja penyelenggaraan pada tahun ini, tali dawai berkenaan perlu ditukar kerana tempoh penukarannya ialah setiap 10 tahun sekali dan proses itu telah dilakukan pada 12 Januari hingga 2 Februari lepas.

“Penyelenggaraan ini penting bagi meningkatkan rasa selamat dalam kalangan pengunjung atau pelancong untuk menaiki Menara Taming Sari selain mengelak gangguan teknikal ketika menara sedang beroperasi atau berada di kedudukan tinggi,” katanya.

-Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: UTS agih 500 bubur lambuk santuni komuniti di Dataran Tun Tuanku Bujang
Next: Sarawak anjur Persidangan Hidrogen Asia Pasifik menjelang Jun ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.