Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Menara pagoda tujuh tingkat bakal jadi mercu tanda baharu Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Menara pagoda tujuh tingkat bakal jadi mercu tanda baharu Sarikei

Utusan Sarawak 21 hours ago
POTONG KEK… Penghulu Huang Tiong Kang (enam kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Buddha Orthodox Sarikei.

SARIKEI: Sebuah menara pagoda tujuh tingkat yang sedang giat dibina dijangka menjadi mercu tanda baharu di Sarikei.

Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Datoʼ Sri Huang Tiong Sii berkata, ia bukan sahaja sebagai pusat ibadat penganut Buddha, malah simbol pembangunan dan pelancongan di kawasan ini.

“Saya percaya pembinaan menara pagoda tujuh tingkat ini akan menjadi tarikan penting kepada pelancong dan mercu tanda yang turut melambangkan perpaduan komuniti.

“Projek ini turut dibiayai menerusi peruntukan kerajaan dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP), hasil kerjasama erat antara wakil rakyat dan komuniti tempatan yang sentiasa menyokong pembangunan agama di kawasan tersebut,” katanya.

Beliau berkata menerusi teks ucapan yang dibacakan oleh wakilnya, Penghulu Huang Tiong Kang sempena sambutan Hari Wesak, semalam.

Sambutan Hari Wesak di sini merupakan anjuran Persatuan Buddha Orthodox Sarikei.

Katanya, nilai teras dalam agama Buddha seperti belas kasihan, kebijaksanaan dan perdamaian memainkan peranan penting dalam membentuk masyarakat yang harmoni, khususnya di Sarawak yang berbilang kaum dan agama.

“Di Sarawak, kita hidup dalam suasana penuh muhibah. Pelbagai kaum dan agama saling hormat menghormati budaya serta adat resam masing-masing. Inilah kekuatan kita,” katanya.

Menyentuh soal pembangunan, katanya, berkata sepanjang sembilan tahun berkhidmat sebagai wakil rakyat, pelbagai projek infrastruktur asas, pendidikan dan keagamaan telah dilaksanakan demi manfaat masyarakat setempat.

Selain itu, katanya, beliau turut menghargai kerjasama erat bersama Persatuan Buddha Orthodox Sarikei yang selama ini memainkan peranan aktif dalam memperkasa pembangunan kerohanian dan kerja amal di sini.

Oleh Earl Anek

Continue Reading

Previous: Tanah susur bahayakan akses ke Taman Megah
Next: Dua projek utama atasi masalah air di Bawang Assan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.