Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Menara 67 tingkat di Dubai terbakar, lebih 3,800 dipindahkan
  • GLOBAL

Menara 67 tingkat di Dubai terbakar, lebih 3,800 dipindahkan

Utusan Sarawak 18 hours ago

Kebakaran menara 67 tingkat di Dubai Marina, penduduk dipindah. - Foto AGENSI

DUBAI: Satu kebakaran besar berlaku di sebuah bangunan setinggi 67 tingkat di kawasan Marina di sini, menurut Pejabat Media Dubai (DMO), semalam.

Menurut laporan akhbar Khaleej Times, kesemua 3,820 penduduk dari 764 unit pangsapuri di Marina Pinnacle berjaya dipindahkan dengan selamat selepas kebakaran bermula lewat malam Jumaat.

Kebakaran berjaya dipadamkan oleh pasukan Pertahanan Awam Dubai yang bertungkus lumus selama enam jam untuk mengawal api.

Menurut DMO, pihak berkuasa kini bekerjasama rapat dengan pemaju bangunan untuk menyediakan penginapan sementara kepada semua penduduk yang terjejas, dengan keutamaan diberikan kepada keselamatan dan kebajikan mereka.

“Pasukan khas berjaya memindahkan semua penduduk dari bangunan 67 tingkat itu dengan selamat, mengutamakan kesihatan dan keselamatan mereka sepanjang operasi.

“Pasukan ambulans dan kakitangan perubatan berada di tapak untuk menawarkan sokongan perubatan dan mental penuh kepada penduduk yang dipindahkan dengan selamat,” menurut DMO dalam siaran di X, semalam.

Usaha memadamkan sepenuhnya kebakaran itu terus dilakukan.

Pada jam 2.21 pagi (waktu tempatan), DMO mengesahkan bahawa kesemua 3,820 penduduk daripada 764 unit berjaya dipindahkan tanpa sebarang kecederaan.

Ini bukan kali pertama Marina Pinnacle yang turut dikenali sebagai Menara Tiger mengalami kebakaran. 

Pada Mei 2015, insiden di dapur menyebabkan kebakaran bermula di tingkat 47 dan merebak ke tingkat 48 sebelum berjaya dikawal oleh Pertahanan Awam Dubai, menurut Khaleej Times. – AGENSI

Continue Reading

Previous: Iran lancar serangan peluru berpandu baharu ketika Israel serang Tehran
Next: Belon udara panas terhempas di Turkiye, seorang maut, 19 cedera

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.