Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • RENCANA
  • Memperkasa intergrasi kaum melalui adab dan syariat Islam
  • RENCANA

Memperkasa intergrasi kaum melalui adab dan syariat Islam

Utusan Sarawak 2 hours ago
KEADAAN pesisir Pantai Kampung Cacar, Paka yang mengalami hakisan ketika tinjauan baru-baru ini. Penduduk bimbang hakisan di pantai tersebut akan semakin serius sekiranya tiada tindakan segera diambil untuk menyelamatkan kawasan pantai itu. Foto BERNAMA

UMUM mengetahui bahawa, masyarakat majmuk di Malaysia terdiri daripada pelbagai kelompok etnik, budaya dan agama.

Daripada perspektif Islam, kewujudan pelbagai agama serta budaya merupakan sebahagian daripada tanda kebesaran Allah SWT yang telah menjadikan alam ini dan penghuninya dalam pelbagai rupa dan bangsa.

Perkara ini telahpun diceritakan di dalam al-Quran yang bermaksud: “Dan sekiranya Tuhanmu menghendaki, nescaya Ia jadikan manusia (semua) satu umat, tetapi tetap mereka berselsih (berbeza-beza).” (surah Hud ayat 118)

Hubungan baik dalam kalangan masyarakat harus dijaga dan dipelihara. Meskipun ada perbezaan, sifat kebersamaan serta rasa cintakan keharmonian dan keamanan perlu ada bagi merealisasikan matlamat perpaduan nasional.

Allah SWT berfirman di dalam surah al-Hujurat ayat 13 yang bermaksud: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra atara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah SWT ialah orang yang lebih takwanya dalam kalangan kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah SWT Maha mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” 

Lantaran demikian, umat Islam serta masyarakat secara umum, haruslah bersatu dan menghindari daripada perpecahan yang dapat dimanfaatkan oleh pihak-pihak yang ingin menciptakan keretakan dan ketegangan. Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai.” (al-Imran ayat 103) 

 Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh ‘Arfajah bin Shuraih bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya tangan Allah SWT bersama dengan al-jama’ah. Dan sesungguhnya syaitan itu akan berlari bersama dengan mereka yang memisahkan diri dari jama’ah (kelompok umat Islam).” (Riwayat Nasa’ie)

IHSAN DALAM KEHIDUPAN BERMASYARAKAT

Menurut Hamka, ihsan bermaksud baik dan memperbaiki, selalu berbuat kebaikan, melakukan yang lebih elok dan lebih baik demi diri sendiri dan orang lain.

Ihsan juga dikaitkan dengan sifat peduli, belas kasihan dan memenuhi keperluan orang lain. Sifat Ihsan juga wajib diaplikasikan dalam kehidupan seharian untuk menjadikan kita masyarakat yang maju serta makmur.

Betepatan dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah SWT menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, memberi bantuan kepada kaum kerabat dan melarang daripada melakukan perbuatan yang keji lagi mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan larangan-Nya ini) supaya kamu mengambil peringatan mematuhi-Nya.”

Nilai ihsan harus dipupuk bermula daripada keluarga sehingga kepada masyarakat dan pemerintahan negara.

Perkara ini selaras dengan perintah Allah SWT yang dinyatakan di dalam al-Quran agar berbuat kebajikan kepada ibu bapa serta ahli keluarga, berbuat baik kepada orang sekeliling dan berlaku adil.

Justeru itu, Allah SWT menjanjikan ganjaran kepada golongan yang berbuat ihsan sepertimana firman-Nya yang bermaksud: “Bukankah tidak ada balasan bagi amal yang baik melainkan balasan yang baik juga?” (surah ar-rahman ayat 60)

Berbuat ihsan secara tidak langsung akan melahirkan masyarakat yang penyayang, harmoni dan diberkati.

Firman Allah SWT di dalam surah an-Nisa ayat 36 yang bermaksud: “Dan sembahlah Allah SWT dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu pun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu.”

Sebaik-baik manusia setelah Rasulullah SAW

DARI Abdullah bin Salamah, beliau berkata, “Aku mendengar Ali berkata, “Sebaik-baik manusia setelah Rasulullah adalah Abu Bakar dan sebaik-baik manusia setelah Abu Bakar adalah Umar”. (Riwayat Ibnu Majah)

Para sahabat sangat memahami kedudukan Abu Bakar di sisi Rasulullah SAW. Dengan itu, mereka sendiri mengiktiraf bahawa Saidina Abu Bakar adalah manusia yang paling mulia dari kalangan mereka.

Kedudukannya di dalam Islam pada masa Rasulullah SAW masih hidup, pada masa kekhalifahannya hingga setelah wafatnya sememangnya tiada tolok bandingannya.

Abdullah bin Umar berkata, “Ketika itu kami membanding-bandingkan darjat kebaikan orang-orang di masa Rasulullah SWT. Maka kami menyenaraikan mengikut turutan mulai dari Abu Bakar, kemudian Umar bin Khattab, kemudian Uthman bin Affan”.

Semasa zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al Khattab, telah datang sekelompok manusia kepada Saidina Umar lalu mereka berkata, “Demi Allah SWT, tidak ada seorang pun yang lebih adil dalam memutuskan perkara, lebih berani berkata benar dan lebih tegas terhadap kaum munafik selain daripada engkau wahai Amirul Mukminin. Engkau adalah manusia terbaik setelah Rasulullah SAW”.

Mendengar kata-kata mereka itu, Auf bin Malik terus berkata, “Kamu semua salah. Demi Allah SWT, kami telah melihat orang yang lebih baik dari Umar setelah Rasulullah SAW”. Mereka pun bertanya, “Siapakah dia wahai Auf?”. Maka Auf bin Malik pun menjawab, “Abu Bakar”. Saidina Umar pun berkata, “Auf benar dan kamu semua salah. Demi Allah SWT, Abu Bakar lebih baik daripada minyak wangi dan aku lebih sesat dari pada unta peliharaan (ketika zaman jahiliyyah)”.

Dalam sebuah riwayat yang lain pula, sekumpulan dari penduduk Kufah dan Basrah pergi menemui Saidina Umar di Madinah. Ketika mereka tiba di Madinah, terjadi perbualan di kalangan mereka sehingga dalam perbualan tersebut, mereka membicarakan tentang perbandingan di antara kedudukan Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar.

Sebahagian daripada mereka menganggap bahawa Saidina Abu Bakar lebih baik daripada Saidina Umar. Manakala sebahagian yang lain pula menganggap sebaliknya.

Intipati perbualan mereka itu telah sampai ke pengetahuan Saidina Umar.

Maka Saidina Umar pun naik ke atas mimbar, lalu beliau memanjatkan puji- pujian dan syukur kepada Allah.

Kemudian beliau berkata, “Ketahuilah bahawa manusia terbaik di kalangan umat ini setelah Nabinya adalah Abu Bakar. Siapa yang berpendapat selain itu setelah ini, maka dia merupakan orang yang dusta. Dia akan mendapat dosa sepertimana dosa pendusta”.

Hanzalah Azman

Continue Reading

Previous: Malaysia, rantau Asia Tenggara begitu rentan, terdedah kepada impak bencana iklim

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.