Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Memanah: Fatin rangkul perak Piala Dunia di Madrid
  • SUKAN

Memanah: Fatin rangkul perak Piala Dunia di Madrid

Utusan Sarawak 5 hours ago
ATLET memanah busur kompaun wanita negara, Dr. Fatin Nurfatehah Mat Salleh, menghadiahkan pingat perak buat negara dalam acara kompaun wanita individu peringkat keempat Piala Dunia Memanah Hyundai di Madrid, Sepanyol.

KUALA LUMPUR: Pemanah negara Fatin Nurfatehah Mat Salleh meraih pingat perak busur kompaun wanita Peringkat Keempat Piala Dunia 2026 di Madrid, Sepanyol, malam tadi.

Fatin tumpas kepada pemanah ranking kedua dunia dari Great Britain Ella Gibson, 148-150 pada aksi final kejohanan yang berlangsung di Stadium Vallehermoso.

Terdahulu, pemanah berusia 35 tahun itu mara ke saingan akhir selepas menafikan cabaran wakil India Prithika Pradeep 144-142 pada peringkat separuh akhir.

Prithika memenangi gangsa selepas menundukkan Hazal Burun dari Turkiye 145-142.

Keputusan di Madrid itu meneruskan prestasi cemerlang Fatin tahun ini selepas meraih tiga pingat pada pusingan pembukaan Piala Asia di Bangkok, Mac lepas.

Fatin pernah memenangi pingat emas busur kompaun berpasukan wanita pada Piala Dunia Shanghai 2015 selain meraih pingat gangsa berpasukan campuran pada Piala Dunia Antalya 2023. – Bernama

Continue Reading

Previous: Scaloni anggap aksi separuh akhir menentang England sekadar perlawanan bola sepak
Next: Liga Betong terus jadi pentas pemain muda ke peringkat lebih tinggi – Mohamad Shafizan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.