Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Melontar Jamrah didik jemaah tundukkan ego, utamakan kepentingan orang lain
  • SEMASA

Melontar Jamrah didik jemaah tundukkan ego, utamakan kepentingan orang lain

Utusan Sarawak 5 hours ago
PARA jemaah Muslim menunaikan solat manakala yang lain berehat selepas tiba di Muzdalifah dari Gunung Arafah, yang juga dikenali sebagai Jabal al-Rahmah atau Gunung Rahmat, berhampiran kota suci Makkah semasa ibadah haji di Arab Saudi pada 26 Mei 2026. Foto AFP

MAKKAH: Ibadah melontar jamrah bukan sekadar melengkapkan satu daripada syarat wajib haji, malah menjadi medan pendidikan yang mengajar jemaah menundukkan ego dan mengutamakan kepentingan orang lain ketika jutaan manusia berhimpun di satu tempat.

Mufti Wilayah Persekutuan Ahmad Fauwaz Fadzil berkata antara hikmah terbesar di sebalik ibadah itu ialah membentuk sifat sabar, bertolak ansur dan menghormati hak orang lain ketika melaksanakan ibadah.

PARA jemaah Muslim melaksanakan ritual simbolik “melontar jamrah” sebagai sebahagian daripada ibadah haji di Mina pada 27 Mei 2026, memperingati tradisi Nabi Ibrahim yang melontar batu ke arah syaitan di tiga lokasi. Foto AFP

Beliau berkata asas melontar jamrah adalah kepatuhan kepada perintah Allah SWT, bukan kerana jemaah melihat syaitan secara fizikal, sebaliknya sebagai simbol ketaatan dan pengabdian kepada-Nya.

“Apabila berada di kawasan jamrah, kita tidak boleh berebut atau mementingkan diri sendiri. Kita perlu memberi laluan kepada orang lain dan melaksanakan ibadah dengan tenang.

“Di situlah ego (kita) diuji. Kita belajar bahawa dalam keadaan sesak sekalipun, kepentingan bersama perlu didahulukan berbanding kehendak diri sendiri,” katanya kepada pemberita di sini, baru-baru ini.

Ahmad Fauwaz berkata kelancaran jutaan umat Islam melaksanakan ibadah melontar jamrah setiap tahun turut membuktikan bahawa nilai kerjasama dan toleransi mampu diterjemahkan dalam keadaan yang mencabar.

PARA jemaah Muslim bergerak menuju untuk melaksanakan ritual simbolik “melontar jamrah” sebagai sebahagian daripada ibadah haji di Mina pada 27 Mei 2026. Foto AFP

Katanya, semangat saling membantu dan bertimbang rasa ketika melaksanakan ibadah itu mencerminkan kekuatan ummah yang dibina atas asas kasih sayang dan perpaduan.

“Kalau dalam perkara yang kelihatan mudah seperti melontar batu kecil pun kita mampu bekerjasama, apatah lagi untuk melaksanakan agenda yang lebih besar bagi kepentingan umat Islam,” katanya.

Beliau berkata semangat menundukkan ego dan mendahulukan orang lain itu tidak seharusnya terhenti di Tanah Suci, sebaliknya perlu dibawa pulang dan diterapkan dalam kehidupan selepas selesai musim haji. – Bernama

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Aidiladha perkukuh ikatan persaudaraan, semangat keikhasan rakyat Malaysia di Jakarta 
Next: Sarawak perkukuh akses perjalanan susulan MoU STB dan Royal Brunei Airlines di ITB China

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.