Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Melaka Titans sedia hadapi saingan Divisyen 1 STL
  • SUKAN

Melaka Titans sedia hadapi saingan Divisyen 1 STL

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan. Foto Bernama

MELAKA: Melaka Titans bersedia mengharungi saingan Divisyen 1 Liga Sepak Takraw (STL) yang bermula 28 Mei ini dengan kehadiran barisan pemain terbaik negara selain menggunakan khidmat pemain import dari Thailand.

Yang Dipertua Persatuan Sepak Takraw Melaka (PASTAM) Datuk Akramuddin Abdul Aziz berkata kehadiran Yodsanon Laemthaisong (apit kanan) dan Khathadet Srichan (tekong) itu bagi memperkuat posisi pemain susulan kecederaan tangan kiri yang dialami pemain utama Mohamad Azlan Alias.

“Dengan adanya mereka itu tentunya memberi satu suntikan semangat baharu, lebih-lebih lagi pemain tersebut juga baharu sahaja memenangi Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Negeri Sembilan yang berakhir semalam.

“Azlan dijangka menjalani pemeriksaan lanjut di Institut Sukan Negara (ISN) pada Rabu ini dan beliau ada memaklumkan sekiranya mendapat surat pelepasan daripada doktor, beliau bersedia untuk bermain,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Terdahulu beliau mengiringi Ketua Menteri Datuk Ab Rauf Yusoh menyempurnakan Majlis Pelepasan Pasukan Sepak Takraw Melaka Titans ke Kejohanan STL di Kuantan, Pahang pada 28 Mei hingga 1 Jun di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata Melaka Titans yang turut dibarisi dua lagi pemain bintang iaitu Mohammad Syahir Rosdi (tekong) dan Muhammad Zaim Razali (apit kiri) tidak mahu mendabik dada walaupun disebut-sebut sebagai antara pasukan pilihan bersama Pahang dan Sabah.

“Kita pesan kepada pemain supaya naik dari satu tahap ke satu tahap secara konsisten tanpa terlalu memikirkan untuk memburu kejuaraan kerana ia boleh memberi tekanan berlebihan kepada pemain,” katanya.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: ‘Saya mencintai setiap detik bersama Liverpool selama 20 tahun’ – Trent ucap selamat tinggal
Next: Larian Baton SOPMA 2025 meriah di Sibu, perkasa komuniti pekak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.