Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • Mekanik maut dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Pujut 7
  • KEMALANGAN

Mekanik maut dalam kemalangan di lampu isyarat Jalan Pujut 7

Utusan Sarawak 1 day ago

REMUK…Keadaan kereta yang dinaiki mangsa selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan lampu isyarat Jalan Pujut 7 di MiriĀ  pagi, semalam. Foto PDRM.

MIRI: Seorang mekanik maut selepas kereta yang dinaikinya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat roda di kawasan lampu isyarat Jalan Pujut 7 di sini, pagi semalam.

Mangsa, seorang lelaki berusia 21 tahun, disahkan meninggal dunia pada 12.30 tengah hari selepas menerima rawatan selama lebih enam jam di Unit Kecemasan Hospital Miri.

Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan jalan raya itu pada 5.30 pagi.

Katanya, kemalangan berlaku apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda yang dipandu oleh seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun melanggar bahagian tepi sebelah kiri sebuah kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 43 tahun, yang dalam perjalanan dari Permyjaya menuju ke arah Pujut 7.

“Kejadian itu mengakibatkan penumpang kereta tersebut yang bekerja sebagai mekanik disahkan meninggal dunia di Hospital Miri semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan hospital tersebut.

“Manakala, pemandu kereta tersebut mengalami kecederaan parah pada bahagian tangan sebelah kiri. Pemandu kenderaan pacuan empat roda pula tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Kes ini katanya disiasat dibawah Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: kemalangan

Continue Reading

Previous: Fatal road accident at Jalan Pelabuhan, Kuching

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.