Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Mekanik ditahan miliki dadah Methamphetamine di pasar lama Selangau
  • JENAYAH

Mekanik ditahan miliki dadah Methamphetamine di pasar lama Selangau

Utusan Sarawak 1 day ago
SEORANG lelaki tempatan ditahan polis kerana memiliki dadah jenis methamphetamine. Foto IPD

SELANGAU: Seorang mekanik berusia 39 tahun ditahan polis selepas disyaki memiliki dadah dalam pemeriksaan di kawasan pasar lama Selangau pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintendan Muhamad Rizal Alias berkata, suspek ditahan sekitar 10.30 pagi hasil maklumat risikan pasukan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah.

“Hasil pemeriksaan tubuh badan telah menjumpai satu keratan straw lutsinar yang mengandungi ketulan kristal dipercayai dadah jenis methamphetamine atau syabu.

SEORANG lelaki tempatan ditahan polis kerana memiliki dadah jenis methamphetamine. Foto IPD

“Berat kasar rampasan dianggarkan 0.40 gram dengan nilai RM110,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, ujian urin yang dijalankan ke atas suspek turut mendapati lelaki itu positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

BERAT kasar rampasan dianggarkan 0.40 gram dengan nilai RM110. Foto IPD

Suspek yang bekerja sebagai mekanik kini ditahan di lokap Balai Polis Mukah untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15(1)(a) akta sama.

“Permohonan reman terhadap suspek akan dijalankan pada 1 Oktober ini,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah di Daerah Mukah dan Selangau diminta menghubungi talian hotline IPD Mukah di 084-871222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: 31 individu termasuk majikan ditahan dalam operasi bersepadu Imigresen di Miri
Next: Drug addict arrested in Bau

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.